IKBN



KEMASIK

 
IKBN Kemasik

IKBN Kemasik (262)

KEMAMAN, Selasa , 2 April. – Sempena Hari Autism Sedunia hari ini, Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Kemasik dengan kerjasama Sekolah Kebangsaan Kemasek di bawah unit Program Pendidikan Khas Integrasi telah mengadakan satu pengambaran bagi Program Semarak Biru “Light It Up Blue” Autism Awareness Day pada 1 April 2019. Program ini diadakan sebagai tanda sokongan dan keprihatinan sempena Sambutan Hari Kesedaran Autism Sedunia yang disambut setiap tahun pada tanggal 2 April.

Program ini berlangsung dengan pelbagai pengisian aktiviti antaranya sesi beramah mesra bersama anak-anak istimewa seramai 20 orang, acara sukaneka, senam berirama, sesi bergambar dan pengambaran keadaan sebenar anak-anak autism di dalam kelas pembelajaran.

Turut hadir menyertai program ini ialah Pengarah IKBN Kemasik, Puan Norlia Abdullah, Guru Besar Sekolah Kebangsaan Kemasek, Encik Mokhtar Mohamad Desa, Guru-guru Program Pendidikan Khas Integrasi Sekolah Kebangsaan Kemasek, Staf IKBN Kemasik, Pelajar Jurusan Video/Produksi Filem (Pengambaran), Jabatan Multimedia IKBN Kemasik dan Persatuan MPP IKBN Kemasik.

Di samping itu, program ini juga telah dapat membina silaturahim di antara warga IKBN Kemasik dengan Sekolah khususnya Staf Sekolah Kebangsaan Kemasek dan anak-anak Autism. Ia juga dapat memberi kesedaran kepada semua yang hadir memeriahkan program ini, betapa perlunya menghargai dan melindungi anak-anak Autism tidak kira di mana mereka berada kerana mereka merupakan permata negara.

Wednesday, 02 October 2019 00:00

Room Sensation Apps (ROSA) - Emas @ IDEA’19

Written by

Seri Iskandar, 2 Oktober 2019 – Produk Inovasi Jabatan Perhotelan IKBN Kemasik, ROSA telah dianugerahkan pingat emas sekaligus dinobatkan sebagai johan bagi Bidang Teknologi Kejuruteraan Elektrik, Elektronik dan Telekomunikasi di pertandingan Innovation Development Through Educational Activities – IDEA’19 yang telah diadakan di Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Seri Iskandar, Perak.

Kuantan, 1 Oktober 2019 - Peperiksaan Akhir (Teori & Amali) SLDN Operasi Pengemasan, bersama perantis-perantis SLDN di Grand Darul Makmur (GDM) Hotel Kuantan (MUIP HOTEL SDN. BHD).

Kemasik, 30 September 2019 – Pada 22/9/2019 hingga 26/9/2019 (Ahad - Khamis) lepas, Jabatan Multimedia IKBN Kemasik telah menganjurkan Program Pembangunan Kemahiran (PPK) bagi Kursus Videografi Aerial & Gimbal (Shooting & Editing) bagi Bahagian Penerbitan Video/Filem.

Sunday, 29 September 2019 00:00

Room Sensation Apps (ROSA) - Emas @ i-Tec’19

Written by

Kemaman, 29 September 2019 – Room Sensation Apps (ROSA) telah dianugerahkan pingat emas di International Innovation, Technology Exhibition & Conference 2019 (i-Tec’19).

Kuantan, 26 September 2019 – Sesi Pemantauan Latihan & Soft Training kepada semua Peserta Bootcamp IKBNK KBS bersama McDONALD’s yang diketuai oleh Mr. Rosli Salim (HR Senior Officer McD HQ).

Wednesday, 25 September 2019 00:00

Kursus Kepimpinan MPP IKBN Kemasik 2019

Written by

Rompin, 25 September 2019 – Seramai 17 orang Jawatankuasa MPP IKBN Kemasik sesi 2019/2020 termasuk 2 orang Ketua Blok Asrama (Lelaki & Perempuan) berjaya menamatkan kursus tersebut dengan jayanya pada 19-21 September 2019 bertempat di Kompleks Rakan Muda Sukan Air Rompin (KRMSA).

Selayang, 23 September 2019 – Jabatan Perhotelan dan Jabatan Hospitaliti IKBN Kemasik telah menyertai Pertandingan Inovasi Pensyarah TVET (PERISA'19) peringkat Kebangsaan kali ke-5 anjuran Kementerian Pendidikan Malaysia.

Dungun, 22 September 2019 – Pertandingan Polyskills anjuran Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin, PSMZA telah diadakan pada 16 - 19 September 2019 dan telah berlangsung dengan jayanya di mana IKBN Kemasik telah diwakili oleh Tengku Muhammad Izzat Tengku Aziz dan Muhamad firdaus Ariffin dari Jurusan Pengemasan.

Kemasik, 19 September 2019 – Jabatan Multimedia IKBN Kemasik telah menganjurkan Kursus in house training – Kursus Teknikal Multiple Camera Production (MCP) bagi Bahagian Penerbitan Video/Filem, Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Kemasik yang berlangsung pada 17 hingga 19 September 2019 lepas.

Sunday, 15 September 2019 00:00

Lawatan Panel Pentauliahan JPK

Written by

Kemasik, 15 September 2019 – Lawatan Panel Pentauliahan JPK telah berlangsung bagi Pembaharuan Program Video/Produksi Filem (IT-071-2:2011) dan Penambahan Kapasiti Program Pembuatan Roti (HT-013-3:2011).

Page 7 of 19