Dialog Permintaan & Penawaran Sumber Manusia http://kemahiran.kbs.gov.my Sat, 06 Mar 2021 22:12:10 +0800 Joomla! - Open Source Content Management en-gb Bengkel Pemurnian Bahan Pengajaran Bertulis (WIM)-SHH/SHK http://kemahiran.kbs.gov.my/en/dialog-permintaan-penawaran-sumber-manusia/item/3707-bengkel-pemurnian-bahan-pengajaran-bertulis-wim-shh-shk.html http://kemahiran.kbs.gov.my/en/dialog-permintaan-penawaran-sumber-manusia/item/3707-bengkel-pemurnian-bahan-pengajaran-bertulis-wim-shh-shk.html Bengkel Pemurnian Bahan Pengajaran Bertulis (WIM)-SHH/SHK

Cameron Highlands, 14 November 2019 - Telah berlangsung Bengkel Pemurnian Bahan Pengajaran Bertulis (WIM) bagi Progam Operasi Pengemasan Kod NOSS I551-003-2/3: 2018 dan Program Operasi Kaunter Harapan Kod NOSS I551-002-3:2017 pada 11 hingga 13 November 2019 bertempat di Mardi Cameron Highlands, Pahang.

 

Bengkel ini dianjurkan oleh CPKK IKBN Kemasik dan melibatkan semua tenaga pengajar dan pegawai penggubal WIM bagi program tersebut. Seramai 6 orang pegawai penggubal WIM bagi program Operasi Pengemasan, 5 orang program Operasi Kaunter Hadapan dan 3 orang urus setia terlibat pada bengkel pemurnian WIM ini yang melibatkan pegawai daripada IKBN Kemasik dan IKBN Bandar Penawar. Tujuan bengkel ini dijalankan adalah untuk memurnikan dan menambahbaik WIM yang telah dibangunkan pada bengkel sebelum ini serta bagi memastikan WIM yang dibangunkan mengikut keperluan dan kehendak Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) dan panduan yang berkuatkuasa. Hasil bengkel ini seterusnya akan dibuat bengkel pengesahan oleh Panel TAC yang dijangka diadakan pada bulan Februari dan Mac 2020.

 
 
 
 
Gambar oleh
:
RAJA AZLAN RAJA ALIAS
  :
PEN. PEG. LATIHAN E29
]]>
ikbn_kemasik@kbs.gov.my (IKBN Kemasik Admin) IKBN Kemasik Thu, 14 Nov 2019 00:00:00 +0800
Lawatan SMK Seri Paka, Terengganu http://kemahiran.kbs.gov.my/en/dialog-permintaan-penawaran-sumber-manusia/item/3706-lawatan-smk-seri-paka-terengganu.html http://kemahiran.kbs.gov.my/en/dialog-permintaan-penawaran-sumber-manusia/item/3706-lawatan-smk-seri-paka-terengganu.html Lawatan SMK Seri Paka, Terengganu

Kemasik, 12 November 2019 – Satu program lawatan SMK Seri Paka, Terengganu Ke IKBN Kemasik telah berlangsung dengan jayanya.

 
Bahagian
:
Cawangan Hubungan Industri
Tarikh
:
12 November 2019
Masa
:
9.00 Pagi - 12.00 Tengah Hari
Tempat
:
Auditorium Jabatan Multimedia
Bil Peserta
:
40 orang pelajar dan 4 orang guru pengiring.
 

Antara pengisiannya ialah:

1. Memberi taklimat dan promosi permohonan untuk kemasukan ke IKBN dan bidang-bidang yang ditawarkan di IKBN Kemasik.

2. Lawatan pelajar sekolah ke setiap bengkel yang terdapat di IKBN Kemasik.

3. Hala tuju kerjaya pelajar setelah tamat pengajian di IKBN Kemasik.

 
 
 
Gambar oleh
:
MOHD RAZMAN MOHAMAD
  :
PEN. PEG. LAT. VOK. DV29
]]>
ikbn_kemasik@kbs.gov.my (IKBN Kemasik Admin) IKBN Kemasik Wed, 13 Nov 2019 00:00:00 +0800
Kursus Basic Life Support http://kemahiran.kbs.gov.my/en/dialog-permintaan-penawaran-sumber-manusia/item/3705-kursus-basic-life-support.html http://kemahiran.kbs.gov.my/en/dialog-permintaan-penawaran-sumber-manusia/item/3705-kursus-basic-life-support.html Kursus Basic Life Support

Kemasik, 7 November 2019 - Alhamdulillah, selesai sudah Kursus Basic Life Support yang diadakan di Dewan Seri Suria, IKBN Kemasik.

 

Kursus ini diadakan selama 2 hari iaitu pada 6 & 7 November 2019 yang melibatkan 15 orang pegawai. Kursus ini memberi peluang kepada para pegawai untuk belajar secara teori dan praktikal cara-cara melakukan CPR dengan betul.
#mycpr
#noweveryonecandocpr
#ikram
#basiclifesupport

 
 
 
 
 
 
 
Gambar oleh
:
NUR ADZIMAH ABU HANIF
  :
PEMB. BELIA & SUKAN S19
]]>
ikbn_kemasik@kbs.gov.my (IKBN Kemasik Admin) IKBN Kemasik Thu, 07 Nov 2019 00:00:00 +0800
Inter-Department Choral Speaking & Singing Competition IKBN Kemasik 2019 http://kemahiran.kbs.gov.my/en/dialog-permintaan-penawaran-sumber-manusia/item/3693-inter-department-choral-speaking-singing-competition-ikbn-kemasik-2019.html http://kemahiran.kbs.gov.my/en/dialog-permintaan-penawaran-sumber-manusia/item/3693-inter-department-choral-speaking-singing-competition-ikbn-kemasik-2019.html Inter-Department Choral Speaking & Singing Competition IKBN Kemasik 2019

Kemasik, 31 October 2019 – An Inter-Department Choral Speaking and Singing Competition was successfully held on Thursday, October 24, 2019 at Dewan Seri Suria of IKBN Kemasik.

 

This event was organized by IKBN Debate Club in collaboration with Jabatan Pengajian Umum (JPU) IKBN Kemasik. This competition serves as platform for students to; (1) encourage and increase level of confidence amongst students, (2) create fun learning activities for students and (3) enhance the use of English amongst students.

All 4 departments sent a team for choral speaking and participant(s) for singing. Judged by Mr Mohd Khirulnizam bin Musa, Mr Mohd Fakhru Razie bin Mukhtar from JPU and Miss Aisyah binti Bahaudin from Department of Hotel.

For choral speaking, the champion goes to Department of Personnel Service with their choral speaking entitled YOUTH SKILLS DEVELOPMENT DIVISION BPKB, 1st runner up belongs to Department of Hotel with their choral speaking entitled THE GIRL WHO NEVER GIVE UP, 2nd runner up goes to Department of Hospitality with their choral speaking entitled MOTHER NATURE and 3rd runner up belongs to Department of Multimedia with their choral speaking entitled AN ACT OF GOD. The Best Conductor Award won by Muhamad Haikal bin Sukiman from the Department of Personnel Service.

On another note, for singing competition, the champion belongs to Department of Hotel with their SWAY performance. 1st runner up goes to Department of Multimedia with their PERFECT & SOMEONE YOU LOVED. 2nd runner up belongs to Department of Personnel with INSHA ALLAH and 3rd runner up goes to Department of Hospitality with SET FIRE TO THE RAIN.

Overall, the perpetual trophy had its way to Department of Personnel Service. Kudos to everyone for the awesome performances! Thank you for your contribution and continuous support.

 
 
 
 
Gambar oleh
:
MOHD KHIRULNIZAM MUSA
  :
PEG. PERKHIDMATAN PENDIDIKAN DG41
]]>
ikbn_kemasik@kbs.gov.my (IKBN Kemasik Admin) IKBN Kemasik Thu, 31 Oct 2019 00:00:00 +0800
Kursus In House Training - Video Editing (Video Korporat) http://kemahiran.kbs.gov.my/en/dialog-permintaan-penawaran-sumber-manusia/item/3652-kursus-in-house-training-video-editing-video-korporat.html http://kemahiran.kbs.gov.my/en/dialog-permintaan-penawaran-sumber-manusia/item/3652-kursus-in-house-training-video-editing-video-korporat.html Kursus In House Training - Video Editing (Video Korporat)

Kemasik 24 Oktober 2019 – Pada 22 hingga 24 Oktober 2019 (Selasa - Khamis), Jabatan Multimedia IKBN Kemasik telah menganjurkan Kursus In House Training bagi Kursus Video Editing (Video Korporat) bagi Bahagian Penerbitan Video/Filem, Jabatan Multimedia IKBN Kemasik.

 

Program ini berlangsung seperti ketetapan berikut:

 
Pengajar
:
Encik Azfar Bin Abbas (Pakar dalam Videografi Shooting & Editing)
Masa
:
8.30 Pagi - 5.00 Petang
Tempat
:
Makmal Komputer 3, Jabatan Multimedia
Penglibatan
:
Pengajar Jabatan Multimedia IKBN Kemasik
Tujuan
:
Memberi pendedahan kepada pengajar Bahagian Penerbitan Video/Filem mengenai latihan kemahiran secara teori dan praktikal dalam teknik penggambaran video (video korporat) yang merangkumi latihan teknikal dan asas penyuntingan video selari dengan kehendak NOSS IT-071-2, bagi CoCU C01-Single Camera Production (SCP) Operation.
 
 
 
 
Gambar oleh
:
NORHAYATI MOHD SALLEH
  :
PEN. PEG. LAT.VOKASIONAL DV29
]]>
ikbn_kemasik@kbs.gov.my (IKBN Kemasik Admin) IKBN Kemasik Thu, 24 Oct 2019 00:00:00 +0800
Pertandingan Akhir World Skill Malaysia Belia (WSMB) Bidang Floristry http://kemahiran.kbs.gov.my/en/dialog-permintaan-penawaran-sumber-manusia/item/3651-pertandingan-akhir-world-skill-malaysia-belia-wsmb-bidang-floristry.html http://kemahiran.kbs.gov.my/en/dialog-permintaan-penawaran-sumber-manusia/item/3651-pertandingan-akhir-world-skill-malaysia-belia-wsmb-bidang-floristry.html Pertandingan Akhir World Skill Malaysia Belia (WSMB) Bidang Floristry

Shah Alam, 21 Oktober 2019 – Pertandingan Akhir World Skill Malaysia Belia (WSMB) Bidang Floristry bertempat di CIAST, Shah Alam telah berlangsung dengan jayanya selama 3 hari bermula 19-21 Oktober 2019 dengan penyertaan (2) pelajar Housekeeping tahap 3 semester 3 iaitu Tengku Muhammad Izzat Tengku Aziz dan Muhammad Firdaus Ariffin.

 

Hadir bersama semasa sepanjang pertandingan adalah Pn. Nur Silawati Hasanuddin yang juga merupakan jurulatih kepada kedua-dua peserta berkenaan. Sepanjang pertandingan semua peserta dikehendaki menyiapkan tugasan seperti berikut;

1) Hari pertama pertandingan
- Dress Flower bertemakan everning dress (6jam)

2) Hari kedua pertandingan
-Bridal Bouquet (3jam)
-Necklace flower Dec (3 jam)

3) Hari ketiga pertandingan
-Bracellet Flower tema dessert (2 jam)
-Crown Flower (2 jam)
-Hand Tie Bouquet (1 jam)

Pertandingan ini dihakimi oleh juri yang terdiri dari wakil HQ politeknik sebagai Ketua Juri dan juri lain adalah pakar bunga negara dan wakil industri dari floristika.

 
 
 
 
 
Gambar oleh
:
NUR SILAWATI HASANUDDIN
  :
PEGAWAI LATIHAN E44
]]>
ikbn_kemasik@kbs.gov.my (IKBN Kemasik Admin) IKBN Kemasik Mon, 21 Oct 2019 00:00:00 +0800
Kursus Pembangunan Bahan Pengajaran Bertulis (WIM) http://kemahiran.kbs.gov.my/en/dialog-permintaan-penawaran-sumber-manusia/item/3650-kursus-pembangunan-bahan-pengajaran-bertulis-wim.html http://kemahiran.kbs.gov.my/en/dialog-permintaan-penawaran-sumber-manusia/item/3650-kursus-pembangunan-bahan-pengajaran-bertulis-wim.html Kursus Pembangunan Bahan Pengajaran Bertulis (WIM)

Kemasik, 17 Oktober 2019 – Pada 13 hingga 17 Oktober 2019 telah berlangsung selama 5 hari Kursus Pembangunan Bahan Pengajaran Bertulis (WIM) anjuran CPKK dengan kerjasama pihak CIAST Shah Alam, Selangor.

 

Peserta kursus ini melibatkan semua tenaga pengajar latihan kemahiran daripada 4 jabatan iaitu tenaga pengajar Jabatan Hospitaliti, Jabatan Perhotelan, Jabatan Personel dan Jabatan Multimedia serta turut disertai pegawai-pegawai daripada Cawangan Hubungan Industri (CHI) dan CPKK. Tujuan kursus ini dijalankan adalah untuk memantapkan pengetahuan tenaga pengajar IKBN Kemasik dalam menghasilkan WIM yang berkualiti untuk sesi pengajaran dan pembelajaran kepada pelajar. Selain itu, penganjuran kursus ini juga bertujuan mendedahkan tenaga pengajar tentang perubahan-perubahan terkini dalam pembangunan WIM dan usaha memenuhi keperluan dan kehendak JPK merujuk kepada panduan-panduan yang berkuatkuasa. Semoga dengan penganjuran kursus ini dapat memberi manfaat kepada tenaga pengajar IKBN Kemasik dan mencapai matlamat dalam membangunkan WIM yang berkualiti dan menggunakan format yang betul.

 
 
 
 
 
Gambar oleh
:
RAJA AZLAN RAJA ALIAS
  :
PEN. PEG. LATIHAN E29
]]>
ikbn_kemasik@kbs.gov.my (IKBN Kemasik Admin) IKBN Kemasik Thu, 17 Oct 2019 00:00:00 +0800
Bengkel Penyemakan dan Pengesahan Soalan Peperiksaan Akhir Sesi 2/2019 http://kemahiran.kbs.gov.my/en/dialog-permintaan-penawaran-sumber-manusia/item/3649-bengkel-penyemakan-dan-pengesahan-soalan-peperiksaan-akhir-sesi-2-2019.html http://kemahiran.kbs.gov.my/en/dialog-permintaan-penawaran-sumber-manusia/item/3649-bengkel-penyemakan-dan-pengesahan-soalan-peperiksaan-akhir-sesi-2-2019.html Bengkel Penyemakan dan Pengesahan Soalan Peperiksaan Akhir Sesi 2/2019

Kemasik, 9 Oktober 2019 – Telah berlangsung Bengkel Penyemakan dan Pengesahan Soalan Peperiksaan Akhir Sesi 2/2019 (Disember) ILKBS oleh Panel TAC Bidang Perhotelan dan Mutimedia pada 7 hingga 9 Oktober 2019 bertempat di Bilik Mesyuarat Utama, Perpustakaan dan Bilik Perbincangan IKBN Kemasik.

 

Set-set soalan telah digubal oleh tenaga pengajar daripada IKBN Kemasik dan IKBN Bandar Penawar bagi Program Operasi Kaunter Hadapan dan Operasi Pengemasan. Manakala set-set soalan peperiksaan program Penerbitan Video/Filem telah dibangunkan oleh tenaga pengajar daripada IKBN Kemasik dan IKBN Kuala Langat. Sepanjang 3 hari bengkel berlangsung, set-set kertas soalan telah dibentang dan disahkan oleh Panel TAC bagi setiap program berkaitan. Bengkel seterusnya dijangkakan akan berlangsung sekitar bulan April atau Mei tahun 2020.

 
 
 
 
Gambar oleh
:
NUR AZLINA CHE ANUAR
  :
PEGAWAI LATIHAN E41
]]>
ikbn_kemasik@kbs.gov.my (IKBN Kemasik Admin) IKBN Kemasik Wed, 09 Oct 2019 00:00:00 +0800
Sayembara Dendangan Syair Peringkat Zon Timur http://kemahiran.kbs.gov.my/en/dialog-permintaan-penawaran-sumber-manusia/item/3648-sayembara-dendangan-syair-peringkat-zon-timur.html http://kemahiran.kbs.gov.my/en/dialog-permintaan-penawaran-sumber-manusia/item/3648-sayembara-dendangan-syair-peringkat-zon-timur.html Sayembara Dendangan Syair Peringkat Zon Timur

Kemasik, 6 Oktober 2019 – Pada 5 Oktober 2019 seramai 4 orang peserta terdiri daripada tenaga pengajar dan pelajar-pelajar IKBN Kemasik telah menyertai Sayembara Dendangan Syair Peringkat Zon Timur di Kraftangan Malaysia Kuala Terengganu.

 

Peserta ialah:-

1- Puan Nooraimy Mohamad Tarmizi - Pengajar Bidang Terapi Kecantikan, Jabatan Personal
2- Nur Hafiza Zahra Ahamad Azli - Pelajar Bidang Penyediaan Makanan, Jabatan Hospitaliti
3-Aisyah Mohd Nazri - Pelajar Bidang Pastri, Jabatan Hospitaliti
4-Nurul Faizzah Ridzuan - Pelajar Bidang Kaunter Hadapan, Jabatan Perhotelan

Sayembara Dendangan Syair 6 Zon Peringkat Kebangsaan 2019 bersempena sambutan Bulan Bahasa Kebangsaan. Tujuan sayembara ini adalah untuk :

1. Mencungkil bakat baru dalam bidang deklamasi sajak.
2. Memberi ruang dan pendedahan kepada golongan remaja untuk mengetengahkan bakat mereka dalam bidang pengucapan sastera, sekaligus membina keterampilan dan jati diri bangsa.
3. Memupuk minat dan kecintaan terhadap bahasa dan sastera Melayu khususnya puisi.

 
 
 
 
Gambar oleh
:
NURUL NADIHA MISNAN
  :
PEN. PEG. LATIHAN E29
]]>
ikbn_kemasik@kbs.gov.my (IKBN Kemasik Admin) IKBN Kemasik Sun, 06 Oct 2019 00:00:00 +0800
Pertandingan Bed Making Challenge 2019 http://kemahiran.kbs.gov.my/en/dialog-permintaan-penawaran-sumber-manusia/item/3647-pertandingan-bed-making-challenge-2019.html http://kemahiran.kbs.gov.my/en/dialog-permintaan-penawaran-sumber-manusia/item/3647-pertandingan-bed-making-challenge-2019.html Pertandingan Bed Making Challenge 2019

Kemasik, 3 Oktober 2019-Pertandingan Bed Making Challenge 2019 anjuran Jabatan Perhotelan IKBN Kemasik telah berlangsung dengan jayanya di mana Johan bagi program ini telah dimenangi oleh Dhesygan A/L Mathraveeran dari Politeknik Merlimau, Melaka.

 

Tempat kedua dimenangi oleh Muhammad Faiz bin Mezamel Khan dari IKBN Kemasik dan tempat ketiga dimenangi oleh Mohammad Zulfikrie bin Mohd Zainuddin juga dari IKBN Kemasik. Kesemua pemenang membawa pulang hadiah berupa wang tunai dan sijil penyertaan.

Program ini telah diadili oleh empat juri iaitu Puan Nor Aini Abdul Rahman, Manager AlSafina Beach Resort & Restauran selaku ketua juri manakala juri-juri yang lain adalah terdiri daripada HR Manager, Hotel Grand Darul Makmur Kuantan, Housekeeping Executive, Holiday Inn Melaka dan Asst. Resort Manager, Manor Beach Resort Kuala Besut. Objektif penganjuran program ini adalah untuk mengetengahkan bidang pengkhususan yang kurang popular seperti Kursus Housekeeping kepada umum dan pada masa yang sama meningkatkan pengetahuan masyarakat tentang pentingnya kemahiran TVET dalam perkembangan industri semasa.

Semoga program seumpama ini dapat diteruskan lagi dan mendapat sokongan daripada semua pihak kerana ia merupakan satu platform yang baik untuk mengetengahkan bakat pelajar disamping dapat dijadikan pengukur tahap kemahiran pengajar dalam melatih pelajar.

 
 
 
 
 
 
Gambar oleh
:
NUR SILAWATI HASANUDDIN
  :
PEGAWAI LATIHAN E44
]]>
ikbn_kemasik@kbs.gov.my (IKBN Kemasik Admin) IKBN Kemasik Thu, 03 Oct 2019 00:00:00 +0800