Dalam usaha mencegah penularan pendamik COVID-19 pihak Institut telah menjalankan Hari Pendaftran secara pandu lalu bagi mengelakkan kesesakan pelajar dan ibu bapa di samping menjaga penjarakan fizikal. Di jangkakan seramai 100 orang pelajar baharu akan mendaftar masuk ke IKBN Kemasik pada hari ini. Sesi pendaftaran bermula jam 9.00 pagi hingga 1.00 tengahari mengikut lokasi negeri asal pelajar dan telah ditetapkan oleh pihak urusetia hari pendaftaran. Penetapan ini bagi mengelakkan berlaku kesesakan lalu lintas dan melancarkan pergerakan semasa hari pendaftaran.
Bagi sesi pendaftaran pada kali ini terdapat sedikit perubahan yang dilakukan oleh pihak IKBN Kemasik iaitu tiada sesi taklimat bersama ibu bapa dan pelajar baharu secara bersemuka. Oleh itu penyampaian maklumat akan dilakukan melalui aplikasi WhatsApp yang diwujudkan bagi pelajar yang telah melapor diri pada hari ini. Pihak IKBN Kemasik mengucapkan selamat datang kepada pelajar baharu bagi sesi Julai 2020. Semoga semua pelajar yang melapor diri pada hari ini dapat menyesuaikan diri dengan SOP yang ditetapkan oleh pihak IKBN Kemasik bagi mengekang penularan wabak pendamik COVID -19. Semoga pelajar baharu dapat belajar dengan rajin dan bersungguh-sungguh demi mencapai cita-cita yang diimpikan.
![]() |
![]() |
![]() |
Gambar oleh | : | MOHD RAZMAN MOHAMAD |
: | PEN. PEG. LAT. VOKASIONAL DV36 |