Penyertaan peserta kursus ini melibatkan semua tenaga pengajar IKBN Kemasik dan dianjurkan oleh pihak Cawangan Penyelarasan & Kawalan Kualiti (CPKK) dengan kerjasama Centre for Instructor and Advanced Skill Training (CIAST) Shah Alam.
Tujuan kursus ini dilaksanakan adalah untuk memberi pendedahan kepada semua tenaga pengajar mengenai peranan dan tanggungjawab sebagai PPL serta memenuhi syarat lantikan sebagai PPL.
Sepanjang 2 hari kursus berlangsung, sesi penerangan kursus ini telah disampaikan oleh penceramah yang telah dilantik oleh pihak CIAST iaitu Puan Suhaila Mohd Nor daripada JPK Wilayah Timur. Di akhir sesi kursus, semua pengajar yang hadir telah menduduki ujian penilaian dan sekiranya lulus, peserta akan layak dipersijilkan dan layak untuk memohon sebagai PPL.
![]() |
Gambar oleh | : | RAJA AZLAN RAJA ALIAS |
: | PEN. PEG. LATIHAN E29 |