Sesi peperiksaan akhir ini telah berlangsung selama 2 minggu bermula 14 September hingga 24 September 2020 dimana sesi peperiksaan akhir Teori Subjek Umum/Umum Teknikal telah berlangsung pada 14 September 2020 manakala Subjek Teknikal pada 21 September 2020.
Selain itu, sesi peperiksaan akhir bagi subjek amali akhir telah dijalankan pada 22 hingga 23 September 2020 dan keputusannya kesemua pelajar kursus Penyediaan Pastri seramai 45 orang telah hadir menduduki pada sesi peperiksaan akhir ini telah lulus dengan jayanya. Pihak institut mengucapkan selamat maju jaya kepada pelajar Tahap 3 Semester 4 yang tamat pengajian hari ini manakala pelajar Tahap 2 Semester 2 akan mendaftar naik tahap kepada tahap 3.
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
Gambar oleh | : | RAJA AZLAN RAJA ALIAS |
: | PEN. PEG. LATIHAN E29 |