IKBN



KEMASIK

 
Sunday, 27 September 2020 18:00

Program Impak IKBN Kemasik Siri 1 Tahun 2020

Written by
Rate this item
(0 votes)

Kemaman, 27 Sepetember 2020 – Program  Impak IKBN Kemasik (Siri 1) telah diadakan pada 27 September 2020 bertempat di Pusat Pengajian Islam Ribat Al-Asyraf Kemaman.

Pelbagai aktiviti khidmat masyrakat telah diadakan seperti mengecat asrama, mengecat kemudahan sukan, gotong-royong membersihkan kawasan persekitaran dan menanam pokok bunga. Program ini melibatkan pelajar, pegawai dan kakitangan daripada Pusat Pengajian Islam Ribat Al-Asyraf dan Institut Kemahiran Belia Negara Kemasik.

Program ini telah dirasmikan oleh YBrs. Puan Norlia Abdullah, Pengarah IKBN Kemasik. Turut hadir Encik Mohd Hafeez Hussein, Timbalan Pengarah Hal Ehwal Pelajar IKBN Kemasik dan Y.M Syed Shahrunuddin Syed Mohd Sah, Mudir, Pusat Pengajian Islam Ribat Al-Asyraf.

Pihak IKBN Kemasik merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan ribuan terima kasih kepada semua yang telah terlibat dalam menjayakan program ini.

 
 
 
Gambar oleh : IDA FATIHA HARUN
  : PEN. PEG. BELIA & SUKAN S32
Read 28 times Last modified on Sunday, 11 October 2020 02:57