Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia

Institusi Latihan Kemahiran Belia & Sukan

 

PERUTUSAN

KETUA PENGARAH

kemahiran2

 


PERUTUSAN KETUA PENGARAH
BAHAGIAN PEMBANGUNAN KEMAHIRAN BELIA
KEMENTERIAN BELIA DAN SUKAN


Assalamulaikum wbt., Salam Sejahtera dan Salam 1Malaysia.


   Selamat datang diucapkan kepada pengunjung Laman Portal Rasmi Institut Latihan Kementerian Belia Sukan (ILKBS) yang diselia oleh Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia, Kementerian Belia dan Sukan. Bahagian ini diamanahkan untuk menjadi Ibu Pejabat kepada pelaksanaan pendidikan dan latihan kemahiran teknikal dan vokasional (TVET) yang ditawarkan di ILKBS seluruh negara. Adalah menjadi matlamat Kementerian ini untuk memastikan semua ILKBS memberikan perkhidmatan dengan cekap dan berkesan untuk untuk mencapai visi, misi dan objektif.


    Sektor Pendidikan dan Latihan Kemahiran Teknikal/Vokasional atau TVET telah menjadi agenda penting negara dalam memberikan impak kepada kesejahteraan eknomi belia negara dengan peluang pekerjaan yang lebih banyak dan luas dalam pasaran pekerjaan. Kementerian Belia dan Sukan (KBS) melalui ILKBS yang merangkumi Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN), Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) dan Akademi Kemahiran Belia Golf (AKBG) adalah keutamaan Kementerian ini dalam usaha pembangunan modal insan negara khusus untuk memenuhi keperluan dan kehendak tenaga kerja mahir dalam industri. KBS bertekad akan terus memegang amanah untuk kekal istiqamah agar penyampaian perkhidmatan dan kualiti latihan di tahap tinggi serta mantap dari segi produktiviti.


    Program Transformasi IKBN yang diaspirasikan oleh YB Menteri Belia dan Sukan mula dilaksanakan pada April 2014 telah mencetus banyak perubahan dilaksanakan di peringkat operasi ILKBS. Usaha penambahbaikan secara berterusan akan menjadi budaya di ILKBS agar ILKBS mampu menjadi agen perubahan dan menjadi perintis kepada elemen baru yang unik dan istimewa berbanding Institut Latihan Kemahiran Awam (ILKA) lain. Keluaran ILKBS akan dikenali dengan kualiti yang tinggi secara holistik merangkumi kemahiran hands-on, nilai murni, kemahiran soft-skills, sikap dan jati diri. Pekerja mahir yang terlatih dan lengkap dengan ciri-ciri peribadi positif pasti akan menerima habuan yang tinggi daripada majikan dalam industri.
Pada akhirnya, semua usaha ini akan membantu merealisasikan agenda negara menjadi sebuah negara berpendapatan tinggi. Mudah-mudahan kami dapat memberi perkhidmatan yang terbaik.

 

Sekian, terima kasih.

 

“ Landasan ke arah masa depan yang gemilang”

 

 

 


Dr. Hajah Wasitah Binti Hj. Mohd Yusof
Ketua Pengarah
Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia

 

 

 
Find us on Facebook
Follow Us