INFO
BPKB
Dinaiktarafkan dari Cawangan Kemahiran di bawah Bahagian Pembangunan Belia sempena penyusunan semula Kementerian Belia dan Sukan,Timbalan Ketua Setiausaha (Operasi), KBS bertanggungjawab ke atas Pengarah Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia sejak tahun 2001.
Penyusunan semula Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia ini disebabkan pertambahan fungsi perancangan serta kawalselia program latihan kemahiran melalui pendekatan seperti berikut:
• Kesemua institut disatukan dibawah nama Institut Latihan Kementerian Belia dan Sukan (ILKBS)
• ILKBS seterusnya dibahagiakan kepada IKBN, IKTBN dan AKBG
• Kursus kemahiran sepenuh masa di Institut Kemahiran Belia Negara (IKTBN/IKBN)
• Kursus Bina Insan (kepimpinan, keusahawanan, disiplin) kepada belia
• Kursus Kemahiran Jangka Pendek khas yang disesuaikan kepada belia
• Kursus Kemahiran di institusi swasta (program tajaan pelatih)
Membina generasi belia yangmempunyai jati diri dan kompeten dalam kemahiran bagi memenuhi keperluan pembangunan negara.
Menghasilkan belia yang berkemahiran, berdisiplin, berakhlak mulia dan berwawasan untuk keperluan tenaga kerja selaras dengan pembangunan negara.