XXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXX Syarat Umum
 

Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia

Institusi Latihan Kemahiran Belia & Sukan

 

SYARAT

UMUM

  1. Warganegara Malaysia
  2. Boleh membaca dan menulis
  3. Berusia di antara 18 - 30 tahun semasa memohon dan berkelulusan sekurangnya Tamat Tingkatan 5
  4. Belum berkahwin @ bujang
  5. Sihat tubuh badan
  6. Tidak pernah melakukan kesalahan jenayah dan penyalahgunaan najis dadah
  7. Belum pernah mengikuti latihan kemahiran di mana-mana Institut Latihan Awam/Swasta (KECUALI calon yang mempunyai sijil lepasan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) & Sijil Suruhanjaya Tenaga (ST) untuk menyambung pelajaran)
  8. Sanggup menjalani latihan sehingga tamat dan dikehendaki mengikut segala peraturan yang telah, sedang dan akan ditetapkan
  9. Pemohon yang sedang menjalani latihan dimana-mana institut latihan kemahiran dan belum tamat latihan/belum memperolehi sijil ketrampilan SKM tahap 2/3 atau 3/4 tidak dibenarkan memohon untuk tahap selanjutnya
  10. Pemohon yang tidak tamat latihan / disingkir dari mengikuti latihan dari mana-mana Institut Latihan Awam lain tidak dibenarkan memohon

MAKLUMAT

  1. Semua kursus dijalankan mengikut persijilan, tahap dan tempoh latihan seperti dinyatakan dalam ruang SIJIL & TAHAP serta TEMPOH KURSUS
  2. Permohonan hanya boleh dibuat secara 'On-Line' sahaja iaitu melalui lama web http://www.kbs.gov.my atau http://www.ekbs.gov.my
  3. Sebarang kesilapan atau perbezaan menandakan keputusan kelayakan akedemik semasa mengisi permohonan 'On-Line' di laman web dengan keputusan sebenar boleh menyebabkan calon disingkir dari IKBN
  4. Keputusan permohonan ke IKBN boleh disemak melalui laman web http://www.kbs.gov.my atau http://www.ekbs.gov.my
  5. Makan minum dan penginapan akan dibiayai oleh Kementerian Belia dan Sukan sepanjang tempoh latihan di IKBN
  6. Permohonan yang tidak mendapat apa-apa jawapan selepas 3 bulan dari tarikh semakan dianggap tidak berjaya
  7. Pelajar boleh ditempatkan dimana-mana IKBN seluruh Malaysia
  8. Pemohon juga dipelawa mengunjungi mana-mana IKBN dalam tempoh iklan disiarkan bagi mendapat pendedahan awal tentang program kemahiran yang dilaksanakan di setiap IKBN
  9. Pemohon yang didapati memberikan sebarang butiran palsu boleh disingkirkan dari mengikuti latihan di IKBN
  10. Pihak Kementerian berhak memanggil calon lepasan sekolah ( Tamat tingkatan 5 untuk menghadiri proses temuduga)
  11. Tempoh kursus yang dinyatakan pada iklan kemasukan adalah termasuk tempoh latihan industri bagi kursus-kursus tertentu
 
Find us on Facebook
Follow Us