Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia

Institusi Latihan Kemahiran Belia & Sukan

 

Adalah dimaklumkan bahawa, program Bootcamp KBS 2019 dibuka kepada belia berumur 18 hingga 30 tahun dan merupakan warganegara Malaysia. Program ini dianjurkan oleh Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia, Kementerian Belia dan Sukan:

Syarat-syarat pencalonan adalah seperti berikut: -

  1. Belia berumur 18 tahun hingga 30 tahun; berminat dalam bidang yang dinyatakan; serta boleh memberi komitmen kepada majikan sekurang-kurang selama setahun.
  2. Peserta yang mampu memberikan komitmen bekerja sepenuh masa di dalam bidang yang diminati dan sesuai dengan kehendak peserta.
  3. Boleh membaca, menulis dan mengira
  4. Perwatakan positif
  5. Sedia bekerja dalam kumpulan
  6. Sedia bekerja mengikut syif
  7. Sihat mental dan fizikal
  8. Tiada rekod jenayah
  9. Bebas dari penyalahgunaan dadah
  10. Bersedia menjalani latihan selama 3 bulan
  11. Tidak memiliki saman tertunggak kenderaan
  12. Tidak Rabun warna dan tidak mempunyai rekod jenayah

Muat Turun Borang Permohonan Di sini dan

Poster Program Di sini

Borang permohonan yang lengkap perlulah dihantar ke alamat berikut :

 

Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia

Aras 3, Menara KBS, No.27,

Persiaran Perdana, Presint 4, 62570, Putrajaya.

(u.p En. Mazlan Bin Mohamed)

Tarikh permohonan adalah pada 4 Februari hingga 8 Mac 2019

Sebarang pertanyaan, boleh berhubung terus dengan

Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia (BPKB)

Kementerian Belia dan Sukan

Talian : 03-8871 3689

 : 03-8871 3699

 
Find us on Facebook
Follow Us