Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia

Institusi Latihan Kemahiran Belia & Sukan

 

BERITA

TERKINI

  • Bengkel Pelaksanaan ePerolehan IKTBN Dusun Tua

    HULU LANGAT, 24 MEI 2018 – Bengkel pelaksanaan eperolehan telah diadakan di Makmal Komputer JPU. Ketua Bahagian, Ketua Unit dan wakil pengajar telah terlibat dalam kursus tersebut.

    Written on Khamis, 24 May 2018 02:24 Read more...
  • 10 PRODUK CIPTAAN PELAJAR IKTBN TEMERLOH DIDAFTAR SEBAGAI HAK CIPTA

     

    Putrajaya, 21 Mei 2018 - Sebanyak 10 produk penciptaan baharu dari Projek Tahun Akhir Pelajar Sesi 1/2018 telah berjaya didaftarkan Hak Cipta (Copyright) melalui pihak MyIPO. TAHNIAH kepada semua pelajar bersama Penyelia Projek. Terima kasih kepada pihak Pengurusan Tertinggi, Jawatankuasa Projek Tahun Akhir Pelajar dan Jawatankuasa Inovasi di atas sokongan dan dorongan kepada semua pelajar.

    1. SOLAR FLOOD DETECTOR KIT (LY2018002230)
    2. FLIP TWO FACE WINDOW (LY2018002231)
    3. TIMING BELT TENSIONER ADJUSTMENT TOOL (LY2018002232)
    4. MUD GRIP KIT (LY2018002233)
    5. DISTRIBUTION BOARD MONITORING (LY2018002234)
    6. SAFETY DETECTION CAR SYSTEM (LY2018002235)
    7. MULTIFUNCTION RAKE (LY2018002236)
    8. MULTIFUNCTION STAND CLAMP (LY2018002237)
    9. BRICK GUIDER INSTALLATION (LY2018002238)
    10. TOOL FOR DESTROY INTERCEPTOR (LY2018002239)

    Written on Khamis, 24 May 2018 01:59 Read more...
  • Temuduga bersama Syarikat Tamco Switchgear (Malaysia) Sdn Bhd

    HULU LANGAT, 23 MEI 2018 - Sebuah program temuduga bersama Syarikat Tamco Switchgear (Malaysia) Sdn Bhd telah diadakan di Bengkel Penjaga Elektrik Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara Dusun Tua.

    Written on Khamis, 24 May 2018 01:18 Read more...
  • Majlis Pra Graduasi Pelajar IKTBN Dusun Tua Sesi 1/2018

    HULU LANGAT, 22 MEI 2018 - Majlis Pra Graduasi sesi 2/2018 telah dianjurkan Cawangan Pengurusan Pelajar bersama Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN) Dusun Tua di Auditorium.

    Written on Khamis, 24 May 2018 01:16 Read more...
  • 85 ORANG PESERTA GANGSA ARP IKBN KINARUT LENGKAPKAN KOMPONEN PENJELAJAHAN LASAK

     

     

    85 ORANG PESERTA GANGSA ARP IKBN KINARUT LENGKAPKAN KOMPONEN PENJELAJAHAN LASAK

     

     

    KINARUT; Laungan kata-kata “Go Hard or Go Hostel” membakar semangat para pelajar IKBN Kinarut sempena Program Penjelajahan Lasak bertempat di kawasan sekitar Kinarut dimana program yang berkonsepkan rekreasi fizikal ini merupakan kali yang kedua diadakan di IKBN Kinarut selepas sesi pertama pada tahun 2017 telah memberi impak perubahan yang lebih positif kepada para peserta Gangsa ARP IKBN Kinarut.

     

    Aktiviti penjelajahan lasak ini merupakan salah satu komponen Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda (ARPMM) IKBN Kinarut bagi kategori gangsa bertujuan untuk menyerlahkan bakat pelajar yang terpendam dalam pelbagai aspek yang membolehkan pelajar lebih yakin dengan diri sendiri dengan cara mengekspresikan kemahiran diri melalui aktiviti yang disediakan.

     

    Seramai 85 orang pelajar telah mengikuti program ini dari berbagai jurusan yang ada di IKBN Kinarut dan kesemua mereka telah berjaya menamatkan penjelajahan sejauh 24 kilometer mengikut laluan jalan raya bermula daripada IKBN Kinarut menuju ke Nuluhon Outbound School Kinarut dan menggunakan laluan hutan(trail) menembusi perkampungan Kampung Gusi dan seterusnya menggunakan laluan jalan raya menuju ke IKBN Kinarut.

     

    Pelbagai halangan yang ditempuhi oleh peserta sepanjang program ini berlangsung seperti berjalan kaki sejauh 24KM dalam keadaan cuaca yang sangat panas disamping terpaksa menempuhi laluan yang berbukit,curam dan juga licin. Terdapat peserta yang mengalami kekejangan otot semasa mengikuti program ini namun berjaya meneruskan perjalanan apabila dibantu oleh rakan-rakan peserta yang lain.

     

    Turut hadir dalam penutupan program tersebut iaitu Encik Himran Bin Entoh, Timbalan Pengarah IKBN Kinarut. Semasa penutupan program berkenaan beliau mengucapkan tahniah kepada semua peserta yang menamatkan penjelajahan tersebut dan memberikan kata-kata semangat kepada para peserta agar terus memberikan komitmen kepada program ARPRM IKBN Kinarut sehingga berjaya ditauliahkan pingat gangsa.

    Written on Khamis, 24 May 2018 00:18
  • Majlis Khatam Al-Quran & Majlis Iftar Perdana
    Majlis Khatam Al-Quran & Majlis Iftar Perdana

    MIRI : Tanggal 7 Ramadhan 1439H bersamaan 23/5/18 Surau IKBN Miri mengadakan majlis Khatam Al-quran di kalangan pelajar dan kakitangan. Majlis dirasmikan oleh Timbalan Pengarah Hal Ehwal Pelajar IKBN Miri,Encik Syed Zyed Bin Wan Asnawi.

    Peserta terdiri daripada 10 orang pelajar dari pelbagai jurusan serta beberapa kakitangan.

    Tadarrus bermula dari 12 Feb 2018 dan tamat pada 21 Mei 2018 dijalankan 3 hari sminggu disebelah petang selepas waktu belajar dan malam selepas isyak yang masing2 mengambil masa lebih kurang 1jam. Dalam satu sesi peserta dikehendaki membaca 10 muka surat dan ditasmik oleh Ust. Azizul dan bersama-sama memperbetulkan bacaan.

    TAHNIAH SEMUA KEPADA PESERTA!!!
    ANDA SEMUA HEBAT!!!

    Pada masa yg sama juga surau mengadakan majlis IFTAR PERDANA. Majlis dihadiri oleh kakitangan dan beberapa jemaah luar..
    Terima kasih atas sokongan tuan2 smua..

    Written on Khamis, 24 May 2018 00:10
  • PELUANG PENDIDIKAN KEWANGAN KEPADA BELIA MELALUI SELFY

    Agensi Kaunseling Dan Pengurusan Kredit (AKPK) ialah sebuah agensi yang ditubuhkan oleh Bank Negara Malaysia untuk membantu individu menguasai situasi kewangan mereka dan mencapai ketenangan minda hasil daripada penggunaan kredit secara bijak.

    Written on Rabu, 23 May 2018 08:43 Read more...
  • MAJLIS BACAAN YASIN DAN PELANCARAN TABUNG IHYA’ RAMADHAN 1439H / 2018M

    Ihya Ramadhan

    IKBN Peretak, 18 Mei 2018 – Unit Hal Ehwal Islam, Hal Ehwal Pelajar telah mengadakan Majlis Bacaan Yasin dan Pelancaran Tabung IhyaRamadhan 1439H / 2018M di Surau Nur Salam, IKBN Peretak.

    Written on Rabu, 23 May 2018 07:24 Read more...
  • PROGRAM SKIM LATIHAN DUAL NASIONAL (SLDN)

     

    Pagoh, 21 Mei 2018 - Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN) Pagoh menerima kunjungan Pegawai Penilai Luaran (PPL) SLDN, En Nordin bin Abdullah dan coach, En Donny Tan Jie Huat dari syarikat Top Speed Precision Engineering Sdn. Bhd untuk Peperiksaan Akhir SLDN RMK-11 2017 bidang Operasi Pemesinan (kod noss: MC-050-3:2015). Peperiksaan akhir ini melibatkan 11 orang perantis yang memulakan latihan amali di syarikat berkenaan bermula September 2017.

     

    Program SLDN yang julung kali diadakan ini bertujuan memberi lebih pendedahan teknologi kepada perantis untuk lebih berkemahiran dan berdaya saing di pasaran kerja. Perantis yang terlibat telahpun mendapat tawaran bekerja dari syarikat berkenaan, walaubagaimanapun hampir kesemua mereka memilih untuk sambung belajar diperingkat diploma di IKTBN Pagoh. Sesi peperiksaan ini akan berlangsung selama 3 hari melibatkan semakan porfolio oleh PPL dan penilaian akhir teori serta amali.

     

    Ditulis Oleh : Wan Mohd Zafrul Bin Wan Draman

     

    Disunting Oleh : Mohd Yusoff Bin Gunberi

    Written on Rabu, 23 May 2018 06:10
  • PROGRAM BUBUR LAMBUK SEMPENA RAMADHAN AL-MUBARAK
    PROGRAM BUBUR LAMBUK SEMPENA RAMADHAN AL-MUBARAK

    PROGRAM BUBUR LAMBUK SEMPENA RAMADHAN AL-MUBARAK

    Written on Selasa, 22 May 2018 04:03 Read more...
  • Teacher’s Day Dedication 2018

     

    teacher day

    “Teacher’s Day Dedication” di bawah Program Tabung Amanah (ATA) telah dilaksanakan pada 16 Mei 2018 yang lalu di bawah anjuran Jabatan Pengajian Umum. Antara produk yang di keluarkan ialah Red Blossom, Photo Frame, Granny Smith, Red Delicious, Fridge Magnet, Pen Holder dan Candy Crunch. Sebanyak 268 tempahan telah diterima dari pelajar, pengajar, pegawai dan kakitangan IKBN Peretak serta pekerja kontrak pembersihan untuk di berikan bukan sahaja kepada guru tetapi untuk diberikan kepada rakan sebagai tanda hormat dan kasih sayang. Penyerahan produk yang ditempah telah dihantar pada 16 Mei 2018 sempena hari guru dan dibantu oleh 12 orang pelajar Penyajian semester 1.

    Written on Jumaat, 18 May 2018 08:56 Read more...
  • PERJUMPAAN PENGARAH IKBN WAKAF TAPAI BERSAMA PEKERJA KONTRAK KEBERSIHAN

    WAKAF TAPAI, 17 Mei 2018 –  Perjumpaan Pengarah Bersama Pekerja Kontrak Kebersihan.

    Written on Khamis, 17 May 2018 02:04 Read more...
  • KAJIAN KESEJAHTERAAN PELAJAR ILKBS OLEH IYRES DI IKBN WAKAF TAPAI

    WAKAF TAPAI, 14 Mei 2018 –  KAJIAN KESEJAHTERAAN PELAJAR ILKBS OLEH IYRES.

    Written on Khamis, 17 May 2018 01:46 Read more...
  • JMP WORD SEARCH PUZZLE 1/2018 COMPETITION
    JMP WORD SEARCH PUZZLE 1/2018 COMPETITION

    SEPANG, 16 MAY 2018 – A Word Search Puzzle competition 1/2018 was held in CAD/CAM Laboratory, Department of Machining (JMP) to all the Department of Machining students on 15th May 2018 (Tuesday) from 10.30am to 12.30pm. 

    Written on Rabu, 16 May 2018 14:32 Read more...
  • PERTANDINGAN SENAM SIHAT SEMPEN KARNIVAL KECERGASAN PERINGKAT NEGERI PERLIS 2018

    senamsihat

    Beseri 15 Mei 2018, IKBN Kuala Perlis telah menyertai pertandingan Senam Sihat sempena Karnival Kecergasan Peringkat Negeri Perlis 2018 anjuran Jabatan Kesihatan Negeri Perlis baru-baru ini. Pertandingan tersebut diadakan pada 12 - 13 Mei 2018 bertempat di Dewan Sri Melati, Beseri terdiri dari peryertaan dari pelajar sekolah, belia-belia dan masyarakat setempat.

    Terdapat 2 pertandingan telah dilaksanakan pada pertandingan tersebut antaranya ialah senam sihat dan lompat tali. IKBN Kuala Perlis menghantar 3 pasukan untuk menyertai pertandingan senam sihat tersebut terdiri 17 pelajar termasuk tiga pegawai penyelaras. Satu pasukan IKBN Kuala perlis telah memenangi tempat kedua bagi ketegori terbuka turut terpilih untuk beraksi di peringkat kebangsaan mewakili Negeri Perlis.

    Diharap melalui Program seperti ini dapat membantu pelajar menceburi dalam bidang kecergasan dan kesihatan. Disamping itu mereka adalah aset yang penting dan pewaris kepimpinan negara pada masa hadapan, justeru tahap kesihatan yang baik dalam kalangan peserta dapat meningkatkan pencapaian kecemerlangan mereka dalam bidang kurikulum dan kokurikulum.

    Written on Rabu, 16 May 2018 08:46
  • KURSUS PENGURUSAN JENAZAH UNTUK WARGA IKBN KUALA PERLIS 2018

    gmbpengurusan jenazah

    2 MEI 2018 - IKBN Kuala Perlis dengan kerjasama Jabatan Mufti Negeri Perlis telah berjaya menganjurkan kursus pengurusan jenazah yang diadakan di Surau An-Nur. Kursus yang berjalan selama sehari ini telah mendapat sambutan yang amat menggalakkan dari kalangan warga IKBN Kuala Perlis. Seramai 45 orang peserta yang terdiri dari pelajar-pelajar dan pegawai terlibat di dalam kursus ini. Turut menyertai kursus pengurusan jenazah ini adalah Timb. Pengarah hal ehwal pelajar Mohd Khairan Bin Haji Azhar, ketua-ketua bahagian serta pegawai-pegawai dari wakil setiap bahagian.

    Tiga orang penceramah dari jabatan mufti telah hadir memberikan taklimat berkaitan pengurusan jenazah dan telah menunjukkan latihan amali untuk memandikan, mengkafan, sembahyang dan cara mengebumikan jenazah. Di samping itu, penceramah turut memberi peluang kepada peserta kursus untuk menanyakan soalan. Pelbagai input-input yang bermanfaat yang telah diperoleh dari setiap peserta. Antara objektif program ini adalah untuk menambahkan lagi ilmu pengurusan jenazah di kalangan setiap peserta serta menjadikan ilmu yang berguna ini untuk masa hadapan. Para peserta kursus mengharapkan agar lebih banyak lagi diadakan kursus-kursus seperti ini di masa hadapan.

    Written on Rabu, 16 May 2018 08:43
  • Pertandingan Bola Jaring
    Pertandingan Bola Jaring

    MIRI :  Pertandingan Bola Jaring sempena 100 tahun Land Survey bertempat di Indoor Stadium Miri yang diadakan pada 5 Mei 2018 (Sabtu) diwakili oleh mixteam IKBN Miri dan telah mendapat ke 4 keseluruhan pertandingan. Tahniah & syabas diucapkan kepada team bola jaring IKBN Miri..

    Written on Rabu, 16 May 2018 06:51
  • Kursus Pembuatan Pizza
    Kursus Pembuatan Pizza

    MIRI :  Kursus Pembuatan Pizza anjuran Akaun Amanah IKBN Miri telah diadakan pada 24 Mei 2018 (Sabtu). Ucapan penghargaan kepada tenaga pengajar bengkel En Hadri Bin Hj Darani dan team pastri yg hebat, urusetia kursus serta peserta yg amat sporting diharapkan pengetahuan & pengalaman semasa kursus dpt digunakan pada masa hadapan. Jumpa lagi pada kursus yg akan datang..

    Written on Rabu, 16 May 2018 06:47
  • Peperiksaan Akhir IKBN Sesi 1/2018
    Peperiksaan Akhir IKBN Sesi 1/2018

    MIRI : Peperiksaan Akhir IKBN Sesi 1/2018

    Tarikh : 14 - 18 Mei 2018 (Teori)
    21 - 25 Mei 2018 (Amali)
    Tempat : Dewan Serbaguna IKBN Miri

    Peperiksaan akhir semester Januari IKBN Miri sedang berlangsung.
    Diucapkan Selamat Maju Jaya kepada semua pelajar yang sedang menduduki peperiksaan semester akhir.

    Written on Rabu, 16 May 2018 06:42
  • SAMBUTAN HARI BELIA NEGARA PERINGKAT IKBN SERI ISKANDAR PERAK BAGI TAHUN 2018
    SAMBUTAN HARI BELIA NEGARA PERINGKAT IKBN SERI ISKANDAR PERAK BAGI TAHUN 2018

    SERI ISKANDAR, 16 Mei 2018 – Sambutan Hari Belia Negara Peringkat IKBN seri Iskandar telah diadakan pada 16 Mei 2018 jam 08.00 pagi bertempat di Padang Kawad. Turut hadir sama En. Md. Isa Bin Ibrahim, Pengarah IKBN Seri Iskandar diiringi oleh En. Amir-Kharul Bin Daud, Timbalan Pengarah, Bahagian Pengurusan Latihan dan En. A. Raman Bin Musbah, Timbalan Pengarah, Bahagian Hal Ehwal Pelajar bersama kakitangan dan para pelajar. Majlis Sambutan Hari Belia Negara ini adalah anjuran Jabatan Pengajian Umum di bawah kelolaan En. Kishore Kumar a/l Ayyawoo.

    Written on Rabu, 16 May 2018 04:43 Read more...
 
Find us on Facebook
Follow Us