TERKINI
TAHNIAH DIATAS PEMANGKUAN
Kemasik, 1 Mac 2021- Pihak Pengurusan IKBN Kemasik merakamkan ucapan tahniah kepada lima (5) orang warga IKBN Kemasik yang mendapat pemangkuan
HARI PENDAFTARAN PELAJAR BAHARU BAGI SESI JULAI 2020
Kemasik, 1 Mac 2021 – Institut Kemahiran Belia Negara Kemasik telah mengadakan Hari Pendaftaran Pelajar Baharu bagi pengambilan sesi Julai 2020 pada hari ini.
KINARUT 25 Februari 2021; Budaya membaca perlu diterapkan dalam diri setiap pelajar kerana ia merupakan salah satu aspek atau pencetus utama dalam meningkatkan ilmu pengetahuan dan pembentukan peribadi yang baik.
Melalui amalan membaca juga, dapat meningkatkan keyakinan para pelajar dalam membincangkan isu-isu terkini dengan pihak luar. Perkara itu dinyatakan oleh Puan Zuarini binti Jumai, Pengarah Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Kinarut semasa berlangsungnya sesi penyerahan hadiah kepada Ikon Membaca IKBN Kinarut pada Khamis.
Program yang dilaksanakan pada tahun 2020 itu merupakan inisiatif Perpustakaan IKBN Kinarut. Meskipun berdepan dengan cabaran pandemik COVID-19 pada tahun 2020 terutamanya dengan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), program ini tetap dilaksanakan dalam suasana norma baharu yang mana para pelajar masih dibenarkan untuk mengunjungi Perpustakaan IKBN Kinarut untuk meminjam buku.
Setiap pelajar yang meminjam dimohon untuk mengisi borang ulasan buku dan diserahkan kepada pihak perpustakaan untuk direkodkan.Program Ikon membaca adalah inisiatif oleh Perpustakaan IKBN Kinarut dalam usaha menggalakkan dan membudayakan amalan membaca terutama dalam kalangan generasi muda.
Menurut Puan Zuarini binti Jumai, program ini akan dilaksanakan secara berterusan setiap tahun bagi mewujudkan budaya membaca dalam kalangan pelajar-pelajar IKBN Kinarut.
Buat julung kalinya, Saudari Julia binti Nordin, pelajar Jurusan Pelukis Pelan Senibina Semester 3 telah dipilih sebagai Ikon Membaca IKBN Kinarut bagi tahun 2020. Beliau menerima hadiah berbentuk wang tunai dan buku.
Turut menerima hadiah adalah Saudari Nurul Amirah Syahirah Binti Abdul Basir dan Saudara Azrul Bin Armin juga pelajar Jurusan PPS Semester 3. Hadiah disampaikan oleh Puan Zuarini binti Jumai, Pengarah IKBN Kinarut. Sesi tersebut turut dihadiri oleh Encik Ahmad Rithaudin bin Ibrahim, Timbalan Pengarah Bahagian Pengurusan Latihan, Encik Muhammad Nazri bin Tumin, Ketua Cwangan Hubungan Industri dan Puan Sopiah binti Kasnan, Pembantu Perpustakaan IKBN Kinarut Sabah.
PROGRAM KEBUNITI MPP
Kemasik, 28 Februari 2021 – Program Kebuniti MPP IKBN Kemasik merupakan inisiatif yang diperkenalkan di ILKBS untuk membantu komuniti ILKBS khususnya MPP ILKBS menceburi pertanian bandar.
24 Februari 2021: Satu Program Sesi Pembentangan Dan Penilaian Projek Reka Cipta / Inovasi Di Bawah Insentif Pendaftaran Pemilikan Harta Intelek Institusi Latihan Kemahiran Belia Dan Sukan (ILKBS) 2021 anjuran Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia telah diadakan secara atas talian bersama wakil ILKBS yang melibatkan rekacipta dan inovasi. Program ini telah disertai oleh Jawatankuasa Inovasi IKTBN Temerloh yang membawa 2 projek hasil daripada ilham dan rekacipta pelajar IKTBN Temerloh.
2 projek tersebut yang mana merupakan pilhan daripada Projek Tahun Akhir Pelajar Diploma Teknologi Kejuruteraan bagi sesi pembelajaran 1 2020 mewakili IKTBN Temerloh adalah “Dual Function Tile CutterTool” dan “Installer and Remover Vehicle Bushing”. Pemilihan projek ini adalah bagi tujuan untuk mendapatkan insentif Pendaftaran Pemilikan Harta Intelek dengan pihak MyIPO (Perbadanan Harta Intelek Malaysia) di bawah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna.
Secara tidak langsung, ia membuktikan IKTBN Temerloh mengiktirafkan dan menghargai hasil projek atau inovasi pelajar IKTBN Temerloh. Ia juga membuktikan bahawa hasil pelajar IKTBN Temerloh dapat menghasilkan projek yang berkualiti dan mampu bersaing dengan pihak luar yang lain. Semoga dengan inisiatif yang ada ini, dapat memberi galakan kepada warga IKTBN Temerloh untuk terus menghasilkan inovasi secara kreatif dan inovatif sepanjang masa.
PEPERIKSAAN AKHIR ILKBS SESI 1/2021-HARI TERAKHIR
Kemasik, 25 Februari 2021 – Hari ini merupakan hari terakhir Peperiksaan Akhir ILKBS Sesi 1/2021 (Februari) IKBN Kemasik yang telah bermula pada 15 hingga 25 Februari 2021.
Rabu, 24 Februari 2021 - Mesyuarat Penutup Peperiksaan Akhir ILKBS Sesi 1/2021 (Feb) Institut telah diadakan di Bilik Mesyuarat Utama, IKBN Peretak.
Rabu, 24 Februari 2021 – Majlis penyampaian sijil penghargaan kepada pelajar VTO dan peserta inkubator telah berlangsung dengan lancar, walaupun dalam tempoh PKP bertempat di Bilik Mesyuarat Utama, IKBN Peretak, Kuala Kubu Bharu.
February 22, 2021 : Monday :- Final Exam, Session 1/2020 (Technical Subject Paper 1 & 2) with various courses & semester completed successfully. SOP Covid-19 implemented during examination as well invigilators sanitized the tables & chairs right after students completed their exam. Thank you to all Invigilators Group B1 (Mdm Azini, Mdm Zubaidah, Mdm Salimah, Ustazah, Ustaz, Mr.Azley, Ms Haizatul, Ms Nazarene, Ms Natasya, Ms Erra) for your cooperation & commitment ?
PERBINCANGAN & RUNDING-CARA KERJASAMA KE ARAH PERSETUJUAN PEMETERAIAN MOU 2021
Kemasik, 24 Februari 2021 – Perbincangan & Runding-Cara Kerjasama ke arah persetujuan Pemeteraian MOU 2021 antara IKBN Kemasik & Rest House Temerloh (Hani D Unggul).
PESERTA TAHAP EMAS IKTBN BACHOK CERIAKAN KAWASAN IKTBN BACHOK MELALUI PROGRAM INDAHNYA IKTBN BACHOK
Masjid Tanah 15 Februari 2021- Minggu Peperiksaan Akhir Semester sesi 1/2021 bagi pelajar Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara Alor Gajah sedang dijalankan iaitu bermula pada 15 hingga 25 Februari 2021). Pihak Institut mengucapkan selamat maju jaya kepada semua pelajar dan mendoakan agar dapat menjawab soalan dengan jayanya.
Gambar Menujukkan Tuan Pengarah IKTBNAG En. Syamsul Tahrin Mohd Tahir Sedang Memantau Sesi Peperiksaan
Disediakan oleh: J/K Portal IKTBN Alor Gajah
Masjid Tanah 28 Januari 2021 - Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara Alor Gajah (IKTBNAG) telah mengadakan PERTANDINGAN #TOPBORROWERS’. Pertandingan ini bermula pada awal tahun 2020 bertujuan untuk memupuk budaya membaca dalam kalangan warga IKTBN Alor Gajah yang berilmu. Pemenang tempat pertama #TOPBORROWER’S bulan Disember 2020 peringkat IKTBN Alor Gajah bagi kategori pelajar ialah saudara Muhammad Alif Danial Yusni dari Jurusan SLW01 02/2019 dan tempat kedua pula ialah saudara Nasrun Faisa juga dari Jurusan SLW01 02/2019. Penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh Tuan Pengarah En. Syamsul Tahrin Mohd Tahir. Semoga pertandingan ini mampu memberi semangat kepada pelajar dan kakitangan IKTBNAG untuk terus mengekalkan budaya membaca ini.