IKTBN

SEPANG

LATARBELAKANG

Keperluan penubuhan Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara, Sepang (IKTBN) telah mula dibincangkan pada awal tahun 1987. Seterusnya satu keputusan telah diambil oleh pihak Kerajaan agar penubuhan Institut tersebut dilaksanakan dibawah Kementerian Belia dan Sukan.

Pada 10 Mac 1988, Y.B. Menteri Belia dan Sukan, Malaysia bagi pihak Kerajaan Malaysia telah menandatangani satu perjanjian dengan Syarikat HMT (I) dari India bagi penubuhan IKTBN di Sepang, Selangor Darul Ehsan yang terulung di negara ini.

Di bawah perjanjian yang ditandatangani Syarikat HMT(I) sebagai kontraktor utama melaksanakan projek ini secara pakej di mana ianya bertanggungjawab terhadap kerja-kerja binaan, mesin dan peralatan latihan serta perkhidmatan-perkhidmatan yang berkaitan.

Institut ini terletak di Bandar Baru Salak Tinggi, Sepang, Selangor Darul Ehsan, iaitu kira-kira 65km dari Bandaraya Kuala Lumpur.

Institut ini telah beroperasi sepenuhnya mulai bulan Mei 1990.

MOTO
Profesional Terunggul
VISI

Berazam untuk menjadi sebuah institusi berteraskan kemahiran yang unggul.

MISI

Untuk melatih dan melahirkan tenaga kerja mahir yang bertanggung jawab kepada agama, bangsa dan negara melalui penyertaan dalam pembangunan industri negara khususnya dalam bidang kerja logam, pemesinan, alatan dan acuan dan industri elektronik.

STRATEGI

Menerokai segala ilmu dalam semua bidang yang berkaitan dengan kursus yang ditawarkan.

Menyediakan kemudahan terkini sebagai menyokong pembangunan ilmu, pembelajaran dan kemahiran.

Menawarkan program yang cemerlang untuk memenuhi keperluan industri pada masa kini dan masa hadapan.

Menghasilkan tenaga kerja mahir yang bertanggung jawab, berdisiplin, berilmu dan bertrampilan.

Memainkan peranan aktif dalam pembangunan kemahiran kepada industri setempat melalui kursus-kursus jangka pendek dan bantuan kepakaran.

OBJEKTIF

INSTITUSI

Selaras dengan Rancangan Induk Perindustrian Negara, Institut ditubuhkan dengan berobjektifkan;

Menyediakan latihan intensif dalam bidang kerja logam, pemesinan, , peralatan dan acuan, senggaraan dan elektronik mengikut kurikulum Standard Kemahiran Kebangsaan untuk tujuan Persijilan Persijilan Kemahiran Malaysia.

Menyedia dan menjalankan Program Diploma Teknologi dalam bidang-bidang berkaitan dengan kerjasama institusi pengajian tinggi tempatan/luar negeri untuk memberi peluang peningkatan kemahiran dan kerjaya yang lebih tinggi kepada pelatih-pelatih dalam aliran kemahiran

Mewujudkan tenaga mahir dalam bidang-bidang yang berkenaan untuk memenuhi sebahagian dari keperluan tenaga kerja mahir dalam industri berkaitan.

Menyediakan latihan pengkhususan jangka masa pendek dalam bentuk `customised' atau `modular' dalam bidang-bidang berkaitan bagi kakitangan, juruteknik-juruteknik yang ditaja oleh pihak swasta/awam untuk tujuan peningkatan kemahiran.

Memberi perkhidmatan dalam bentuk khidmat nasihat dan tempahan kerja kepada pihak luar mengikut kemampuan dan keupayaan institut.

Menyediakan Latihan jangka panjang persijilan SKM dan Diploma Teknologi dan jangka pendek dalam bidang kerja logam, elektronik dan senggaraan untuk belia-belia dan pekerja swasta.

Memastikan sekurang-kurangnya 80% pelatih berjaya menamatkan kursus dengan jayanya dalam bidang-bidang yang dijalankan.

Menyediakan khidmat sokongan sepanjang tahun bagi meningkatkan prestasi organisasi.

Bersedia memberi khidmat runding cara dan susulan serta khidmat nasihat yang berkesan semasa dan selepas latihan.

Mewujudkan perhubungan industri untuk memberi panduan dan pilihan kerjaya yang sesuai dengan keperluan industri.

Memberi khidmat nasihat dan khidmat bengkel untuk industri kecil dan sederhana dalam usaha mendapat pendedahan dan pemindahan teknologi terkini.

PIAGAM

PELANGGAN

Find us on Facebook
Follow Us
Find us on Facebook
Follow Us