IKTBN



SEPANG

 

PERUTUSAN

PENGARAH

 

 

Assalamualaikum dan salam sejahtera.


Selamat datang dan terima kasih atas minat saudara/saudari dengan memilih untuk melawat Portal IKTBN Sepang ini. Dengan adanya maklumat yang tersedia diharap dapat membantu untuk memperkenalkan lagi Institut ini dikalangan saudara/saudari pada tahun 2018 ini.

 

Seperti saudara/saudari sedia maklum pendidikan dan latihan yang dijalankan pada masa ini hanya mampu menumpu samada kepada latihan yang berat kepada keterampilan kemahiran yang dilaksanakan oleh institut latihan kemahiran atau pun yang menumpukan kepada pendidikan yang berteraskan kepada akademik yang dilaksanakan oleh pusat pengajian tinggi.

 

Tanpa menafikan keperluan kedua-dua golongan pekerja ini dalam sektor perindustrian tetapi satu lagi golongan yang mempunyai kedua-dua ciri tersebut adalah difikirkan juga perlu dilahirkan di mana ianya sangat-sangat diperlukan di dalam sektor industri perkilangan/pembuatan berteraskan kejuruteraan yang mana pada masa ini berkembang pesat dengan penggunaan teknologi moden.

 

Berlandaskan keperluan inilah IKTBN Sepang berusaha melahirkan seberapa ramai golongan pekerja yang dinyatakan tersebut. Saya percaya dan yakin sumbangan saudara/saudari dengan bantuan maklumat yang tersedia ini akan menambahkan lagi penyebaran maklumat dalam usaha menambahkan lagi bilangan tenaga mahir yang diperlukan.

 

Akhir kata selamat melayari laman web ini dan semoga mendapat manfaat daripadanya. Sebarang teguran, pandangan dan saranan boleh diajukan demi meningkatkan lagi kualiti informasi yang disediakan.

 

Sekian, terima kasih.

 

 

 

 

Pengarah IKTBN Sepang

 

 
Find us on Facebook
Follow Us