IKTBN
SEPANG
TERKINI
SEPANG, 27 JUN 2020 – Jabatan Teknologi Elektronik (JTE), IKTBN Sepang melalui Akaun Amanah telah menganjurkan Kursus Mobilegrafi yang menumpukan para peserta kepada teknik infografik menggunakan telefon bimbit untuk menghasilkan poster produk yang inovatif dan menarik.
SEPANG, 23 JUN 2020 - Bengkel Sistem Pemantauan Pengurusan Aset (SPPA) bagi modul pendaftaran telah diadakan di Drawing Lab, JTE.
SEPANG, 23 JUN 2020 - Pembentangan Mesyuarat Jawatankuasa Akademik (JKA) Semester 2 Sesi 2019/2020 (secara online bersama pihak UTM) telah diadakan hari ini pada jam 10.30 pagi hingga 2.45 petang.
SEPANG, 24 JUN 2020 - Bengkel refreshment bagi sistem eKampus telah diadakan di Drawing Lab, JTE pada hari ini bagi memberi latihan dan pendedahan kepada pemegang modul sedia ada dan baharu. Semoga dengan penganjuran bengkel ini dapat melancarkan proses pengajaran dan pembelajaran di Institut.
SEPANG, 12 JUN 2020 – Temuduga bagi program Bootcamp IKTBN Sepang dan Panasonic Industrial Devices Malaysia Sdn Bhd (PIDMY) telah dijalankan bagi memberi peluang kepada lepasan SPM menjalani latihan secara teori dan praktikal dalam bidang elektronik khususnya capacitor.
Peserta akan menjalani latihan teori di IKTBN Sepang selama 2 minggu dan ditempatkan di PIDMY bagi tempoh 2 ½ bulan secara praktikal. Peserta akan menikmati pemberian elaun, kemudahan asrama, makan minum dan insuran dari IKTBN Sepang dan PIDMY dalam tempoh 3 bulan ini.
SEPANG, 5 MAC 2020 - Sempena Pengumuman Keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) serentak di seluruh Malaysia pada 5 Mac 2020, sebanyak 14 kaunter promosi IKTBN Sepang telah di buka. Antara lain tujuan utama program ini ialah untuk mempromosikan bidang kursus yang di tawarkan kepada pelajar-pelajar. Antara 14 buah Sekolah Menengah yang terlibat termasuklah 11 buah di dalam Negeri Selangor dan 3 buah Sekolah Menengah di Negeri Sembilan. Antara sekolah yang terlibat dalam Negeri Selangor ialah SMK Sg Rawang, SMK Seri Sepang, SMK Bandar Baru Salak Tinggi, SMK Dato’ Abu Bakar Baginda, SMK Meru, SMK Bukit Kapar, SMK Saujana Utama, SMK Seksyen 7 Shah Alam, SMK Dengkil, SMK Jenjarom, SMK Sg Pelek. Manakala 3 buah sekolah di dalam Negeri Sembilan iaitu SMK Bandar Baru Sri Sendayan, SMK Felda Sri Sendayan dan SMK Desa Cempaka di Nilai Negeri Sembilan.
SEPANG, 4 MAC 2020 - Satu taklimat khas Promosi Pengambilan Pelajar Baru IKTBN Sepang telah diadakan di Bilik Mesyuarat Seri Salak bagi membincangkan kaedah dan strategi sempena keputusan SPM yg akan keluar pada 5 Mac 2020.
SEMENYIH, 29 FEBRUARI 2020 - IKTBN Sepang telah menganjurkan Kursus Pembinaan Pasukan (Team Building) bertempat di Asia Camp Ulu Semenyih, Selangor pada 28 hingga 29 Februari 2020.
SEPANG, 28 FEBRUARI 2020 - Satu taklimat yang bertajuk "RASUAH DISISIH, NEGARA BERSIH" telah diadakan di Dewan Seri Nilam, IKTBN Sepang pada 27 Februari 2020 bersempena dengan Majlis Perhimpunan Bulanan Februari 2020 yang dianjurkan oleh Bahagian Pentadbiran dan Kewangan. Taklimat tersebut telah disampaikan oleh Ketua Penolong Kanan Penguasa, Encik Muhamad Mustari bin Mustapah.
SEPANG, 28 FEBRUARI 2020 - Satu Bengkel Penyediaan Spesifikasi Bagi RMKe-11 RP4 2020 (Projek Baharu) telah diadakan di Bilik Seminar, IKTBN Sepang bermula dari 24 sehingga 28 Februari 2020. Antara ILKBS yang terlibat ialah IKBN Kinarut, IKBN Jitra, IKTBN Dusun Tua, IKBN Wakaf Tapai, IKTBN Chembong dan IKBN Kemasik.
CYBERJAYA, 25 MAC 2020 – Sesi Taklimat Pelaksanaan Program SLDN - Industry4WRD telah diadakan di JPK Cyberjaya. Antara intipati taklimat adalah Panduan Pemberian Insentif Program SLDN-Industry4WRD, Taklimat Pelaksanaan Latihan, Sesi Bimbingan Pentauliahan dan diakhiri dengan sesi bergambar dan Penyerahan Surat Niat.
SEPANG, 21 Feb 2020 – Satu KURSUS INDUKSI SISTEM LATIHAN DUAL NASIONAL (SLDN) telah diadakan pada 20 Februari 2020 di Bilik Seminar, IKTBN Sepang.
KUALA LUMPUR, 20 FEBRUARI 2020 - Krew Inovasi Sepang Selangor (KISS), iaitu kumpulan inovasi hibrid antara pasukan IKTBN Sepang bersama Majlis Perbandaran Sepang sedang menyertai pertandingan inovasi peringkat antarabangsa sempena Malaysia Technology Expo 2020 The 19th International Expo on Inventions and Innovations (MTE 2020) yang berlangsung di PWTC Kuala Lumpur bermula dari 20 sehingga 22 Februari 2020.
SEPANG, 19 FEBRUARI 2020 – Jadi Imaging Sdn Bhd, merupakan sebuah syarikat pembuat’ toner cathridge’ telah mengadalan satu ’career talk’ kepada 24 orang pelajar Jabatan Mekanikal Senggaraan (JMS), IKTBN Sepang.
SEPANG, 18 FEBRUARI 2020 - Audit Pemantauan Sistem Pengurusan Kualiti MS ISO 9001:2015 oleh pihak SIRIM telah diadakan selama dua hari iaitu pada 17 hingga 18 Februari 2020.
SEPANG, 13 FEBRUARI 2020 - Sebagai persediaan bagi menghadapi Audit Pemantauan MS ISO 9001:2015 daripada pihak SIRIM, satu sesi semakan dokumen telah dilaksanakan pada 13 Februari 2020. Semakan ini disertai oleh pihak pengurusan tertinggi IKTBN Sepang bersama Pegawai Kualiti IKTBN Sepang dan wakil Audit Dalaman.
SEPANG, 13 FEBRUARI 2020 – Perbincangan Dua Hala antara IKTBN Sepang dan Moltec Precision Sdn Bhd. Moltec Precision Sdn Bhd merupakan salah sebuah syarikat besar dalam mengeluarkan ‘plastic injection mould’ di Malaysia. Pengeluaran ‘mould’ dalam skala antara 20 ke 30 “mould” sebulan melibatkan proses ‘introducton and quotation” hingglah ke ‘machining process/trial/measurement/packaging and shipment’.
SEPANG, 11 FEBRUARI 2020 - Bengkel Pengenalan Debat 2020 telah diadakan di Bilik Seminar IKTBN Sepang. Program ini telah disertai oleh 32 orang pelajar Kelab Debat IKTBN Sepang ke arah persediaan English Fiesta bagi membentuk kemahiran interpersonal dan keterampilan pelajar, membina seni komunikasi yang baik dan meningkatkan keyakinan diri pelajar. Selain itu, sesi 'mock debate' juga diadakan utk sesi pra-perdebatan.
SEPANG 6 FEBRUARI 2020 - Program Opening Your Eyes anjuran Yayasan Kebajikan Anak-anak Yatim Malaysia (YATIM) dengan kerjasama PPD Sepang telah mengadakan lawatan ke IKTBN Sepang bagi memberi peluang kepada anak-anak yatim dari 11 buah sekolah daerah Sepang untuk melihat peluang latihan kemahiran selepas tamat sekolah.
PUTRAJAYA, 4th FEBRUARY 2020 - 20 students from Department of Electronics were invited to participate in a programme organized by BPKB, KBS. Dr Janson Yap, who is an Executive Director of Deloitte Asia Pacific had delivered a talk on Industrial Revolution 4.0. Our Deputy of Youth and Sports Minister and Deputy Head of Director BPKB also attended the session. It was a very interesting, informative and fruitful session.
SEPANG, 6 FEBRUARI 2020 - Bengkel Pemurnian Prosedur Pengurusan Risiko dan Pemurnian Prosedur Latihan Kakitangan IKTBN Sepang yang dihadiri oleh pemegang dokumen Sistem Pengurusan Kualiti MS ISO 9001:2015 telah dilaksanakan pada 4 Februari 2020 di Bilik Mesyuarat Sri Salak.
SEPANG, 2 FEBRUARI 2020 – Satu Bengkel Pembangunan Dokumen Permohonan Pentauliahan Program SLDN IR4WRD telah diadakan pada 31 Januari 2020 hingga 2 Februari 2020 di Makmal Komputer, Akademi SPRM Kuala Lumpur.
SEPANG, 30 JANUARI 2020 – Satu taklimat program peningkatan Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Perniagaan (Keusahawanan) untuk graduan program TVET oleh pihak UNIRAZAK telah diadakan pada 30 Januari 2020 bermula jam 2.30 petang sehingga 05.00 petang di bilik seminar IKTBN Sepang.
SEPANG, 22 JANUARI 2020 – Belia autism yang menyertai program Cullyventure@ILKBS di IKTBN Sepang diterapkan dengan kemahiran dalam bidang bakeri secara khusus. Pengajar pakar dalam bidang bakeri Encik Mohd Noor Al-Fahizam bin Berahim dari IKBN Peretak telah dipertanggungjawabkan bagi menyediakan belia autism dengan kemahiran dalam menyiapkan Roti Sosej, Donut dan Roti Coffee manakala Puan Anne Musliana binti Mustapa dari IKBN Alor Gajah merupakan pengajar pakar dalam membuat Roti Red Bean dan Mini Pizza.
SEPANG, 10 JANUARI 2020 - Majlis Penutup Minggu Paradigma Sesi 1/2020 telah disempurnakan oleh Pengarah IKTBN Sepang, Puan Rosnoizam binti Abd Majid.
SEPANG, 17 JANUARI 2020 - Pelajar daripada Jabatan Teknologi Mekanikal Pekakasan IKTBN Sepang, Saudara Arief Aiman Bin Rosnin sedang menyertai pertandingan saringan bagi kelayakan ke Asean Skills Competition 2020 bertempat di UniKL-MFI, Bangi. Dua orang pengajar En. Mohamad Nazeeb Bin Mohamed Naina Marikan dan En. Asrul Hadi bin Abidin turut mengiringi beliau ke saringan kelayakan ini yang bermula pada 17 Januari 2020 dan berakhir pada 19 Januari 2020.
SEPANG, 16 JANUARI 2020 - Bengkel Pelupusan Rekod dan Dokumen telah diadakan di Bilik Seminar anjuran Bahagian Pentadbiran dan Kewangan.
SEPANG, 10 JANUARI 2020 - Majlis Penutup Minggu Paradigma Sesi 1/2020 telah disempurnakan oleh Pengarah IKTBN Sepang, Puan Rosnoizam binti Abd Majid.
SEPANG, 6 JANUARI 2020 - Taklimat Pengenalan mengenai Pelaksanaan Sistem Pengurusan Kualiti MS ISO 9001:2015 bersempena kedatangan pelajar baharu Sesi 1/2020 telah dilaksanakan pada 6 Januari 2020 bertempat di Dewan Sri Nilam, IKTBN Sepang.
SEPANG, 20 DISEMBER 2019 - Perhimpunan bulanan IKTBN Sepang bagi bulan Disember telah dilaksanakan di Dewan Sri Nilam dengan slot tambahan penyampaian Sijil anugerah Dekan UTM bagi pelajar yang memperoleh CGPA 3.67 ke atas.
SEPANG, 17 DISEMBER 2019 - Satu Taklimat Kesedaran Amalan Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) kepada wakil-wakil Kontraktor Pembersihan, Kontraktor Kawalan Keselamatan, Dewan Makan dan Kafeteria telah diadakan di IKTBN Sepang. Taklimat telah disampaikan oleh Penyelaras Jawatankuasa Amalan EKSA IKTBN Sepang, Puan Lydia Binti Sahrin.
SEPANG, 12 DISEMBER 2019 - Sesi Temuduga Program myCullyventure@ILKBS dan myITCrew@ILKBS telah diadakan di Bilik Seminar, IKTBN Sepang dan dikendalikan oleh BPKB serta agensi The National Autism Society of Malaysia (NASOM).
SEPANG, 11 DISEMBER 2019 - Kelab Bikers IKTBN Sepang telah mengadakan Program Ride Santai Promosi IKTBN Sepang bermula dari IKTBN Sepang sehingga ke Batu Pahat. Program diketuai oleh Timbalan Pengarah Pengurusan Latihan, Ts. Hairul Riduan bin Abdullah bersama 8 penunggang daripada Kelab Bikers IKTBN Sepang.
SEPANG, 9 DISEMBER 2019 - Hari ini pelajar IKTBN Sepang mula menduduki peperiksaan akhir ILKBS Sesi 2/2019.Peperiksaan akhir ini bermula 09 Disember 2019 hingga 20 Disember 2019 selama dua minggu.
PUTRAJAYA, 9 DISEMBER 2019 - Satu Program Industry 4.0 Re-Skilling and Up-Skilling telah diadakan pada 9 Disember 2019 di Dewan Podium Kementerian Belia dan Sukan. Program ini telah dianjurkan oleh Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia (BPKB) yang bertajuk IR 4.0 dengan kerjasama Malaysia Automotive, Robotic & IoT Institute (MARii) pada jam 8.30 pagi hingga 5.00 petang.
SEPANG, 6 DISEMBER 2019 - Satu Program Klinik Cubprix 2019 dan Keselamatan Jalan Raya telah berjaya diadakan di bilik Seminar IKTBN Sepang anjuran Safe Aim Mutual Sdn Bhd yang juga merupakan pengelola sukan permotoran tanahair iaitu Kejohanan Petronas Cubprix.
SEPANG, 29 NOVEMBER 2019 - Kursus ini telah dianjurkan oleh Jabatan Mekanikal Perkakasan di Drawing Lab, Jabatan Teknologi Elektronik selama empat hari bermula pada 26 hingga 29 Nov 2019.
SEPANG, 20 NOVEMBER 2019 - Sambutan Maulidurrasul Perdana dan Perhimpunan Bulanan November 2019 dimulai dengan Perarakan sambil berselawat kepada Nabi Muhammad SAW, ucapan amanat Puan Rosnoizam Binti Abd Majid, Pengarah IKTBN Sepang, Anugerah Pekerja Terbaik Bulan Oktober, Anugerah Bilik Pelajar Terbaik, Sijil Penghargaan peserta akhir WSMB 2019 & MPP 2018/2019.
SEPANG,18 NOVEMBER 2019 - Lawatan Panel Pentauliahan Program Kemahiran(PPPPK) telah diadakan pada 18 November 2019. Lawatan ini melibatkan tiga orang panel dari JPK dan pihak Industri.
SEPANG, 13 NOVEMBER 2019 - Majlis Graduasi Program Sistem Dual Latihan (SLDN) Panasonic Industrial Devices Sdn Bhd (PIDMY) – ILKBS yang berlangsung di Dewan Sri Nilam, IKTBN Sepang telah disempurnakan oleh YBhg. Dato’ Dr. Hjh Wasitah binti Hj. Mohd Yusof, Ketua Pengarah Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia (BPKB). Timbalan Pengarah Urusan PIDMY, Tuan Haji Zukifli bin Selamat turut hadir ke majlis tersebut bersama wakil pengurusan En. Prasad Chandran (Pengarah Jabatan CMC, PIDMY) dan En. Lee Leong Kin (Pengarah Jabatan HMIBG, PIDMY).
SEPANG, 14 NOVEMBER 2019 - Universiti Kuala Lumpur (UniKL-MFI) telah mengadakan taklimat kepada pelajar semester akhir Diploma Kemahiran Malaysia (DKM) bertempat di Bilik Seminar, IKTBN Sepang.
JOHOR BHARU, 6 NOVEMBER 2019 - Majlis Konvokesyen ke-63 yang berlangsung pada 2 hingga 5 November 2019 di UTM Johor Bharu telah dihadiri oleh pelajar-pelajar IKTBN Sepang dari Program Kerjasama UTM dalam Bidang Diploma Teknologi Mekanikal (Alatan & Acuan). Seramai 20 orang pelajar terlibat di dalam majlis ini.
SEKINCHAN, 13 OKTOBER 2019 – Program Pembangunan Karaktor Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda ' I AM THE GREAT' telah diadakan pada 11 hingga 13 Oktober bertempat di De Rimbun Inn, Sekinchan, Selangor.
JAKARTA, 12 OKTOBER 2019 - Tahniah kepada pasukan inovasi dari Jabatan Teknologi Mekanikal Senggaraan (JMS) IKTBN Sepang telah berjaya mendapat Silver Award dengan mempertaruhkan projek Basic Electrical Training Kit (BE KIT) dalam pertandingan inovasi peringkat antarabangsa "6th International Youth Inventors Award (IYIA 2019)" anjuran Indonesian Invention and Innovation Promotion Association (INNOPA) yang telah berlangsung pada 9 hingga 12 Oktober 2019 bertempat di Sasana Kriya, Taman Mini Indonesia Indah, Jakarta, Indonesia.
KUALA LUMPUR, 10 OKTOBER 2019 – Projek inovasi dari IKTBN Sepang sekali lagi terpilih mewakili daerah Sepang ke Peringkat Akhir Anugerah Inovasi Negeri Selangor bagi tahun 2019.
JAKARTA, 9 OKTOBER 2019 - Pasukan inovasi dari Jabatan Teknologi Mekanikal Senggaraan (JMS) IKTBN Sepang telah memulakan pertandingan hari pertama dengan mempertaruhkan projek Basic Electrical Training Kit (BE KIT) dalam pertandingan inovasi peringkat antarabangsa "6th International Youth Inventors Award (IYIA 2019)" pada 9 hingga 10 Oktober 2019 bertempat di Taman Mini Indonesia Indah, Jakarta, Indonesia.
SEPANG, 7 OKTOBER 2019 - Pasukan Inovasi dari Jabatan Teknologi Mekanikal Senggaraan, IKTBN Sepang yang dianggotai oleh Puan Nurul Asikin, Encik Zulkifli dan Encik Sallehuddin akan bertolak ke Jakarta bagi menyertai pertandingan inovasi peringkat antarabangsa "6th International Youth Inventors Award (IYIA 2019)".
SERI ISKANDAR, 28 SEPTEMBER 2019 - IKTBN Sepang telah menghantar tiga projek inovasi bagi menyertai pertandingan inovasi (IDEA'19) sempena Career Fest Zon Utara.
SEPANG, 27 SEPTEMBER 2019 – A Visiting Lecturer Programme 2: The Importance of English for TVET was conducted on 27th September 2019 in the Seminar Room from 9.00am to 12.00pm. It was a great pleasure to have Dr Nurhasmiza binti Abu Hassan Sazalli to be the speaker guest of this programme. She is not just an English lecturer from Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Kuala Lumpur, but also a research supervisor, senior lecturer, facilitator, coordinator and organizer for numerous programmes for undergraduate and post graduate students. The purpose of this programme is to expose the students on the importance of English as the international language which is vital for job employment especially among the TVET trainees.
KUALA LUMPUR, 27 SEPTEMBER 2019 - Program teambuilding telah diadakan di Kem Sungai Congkak dari 24 hingga 25 September 2019 disertai oleh lapan orang belia dari daerah Chuping, Perlis.
SEPANG, 22 SEPTEMBER 2019 - Program eUsahawan Young Heroes merupakan program anjuran Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dan Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC) untuk melatih golongan belia dalam perniagaan digital.
SEPANG, 20 SEPTEMBER 2018 – Gotong Royong Perdana EKSA Bil 2 bagi tahun 2019 telah diadakan yang melibatkan semua kakitangan dan pelajar IKTBN Sepang, Selangor.
SELAYANG, 19 SEPTEMBER 2019 - Kesungguhan pengajar-pengajar dari IKTBN Sepang berbaloi apabila dua projek yang disertai di dalam Pertandingan Inovasi Pensyarah TVET Peringkat Kebangsaan (PERISA'19) anjuran Kolej Komuniti Selayang membuahkan hasil.
MELAKA, 15 SEPTEMBER 2019 - Program Kem Pemimpin Muda (The Young Leaders) telah diadakan pada 14-15 September bertempat di Mini Malaysia Melaka. Majlis ini dianjurkan oleh Bahagian Hal Ehwal Pelajar IKTBN Sepang dengan kerjasama Redtma Recreation Sport Centre, Ayer Keroh Melaka yang telah dirasmikan oleh Ketua Cawangan Pengurusan Pelajar IKTBN Sepang, Pn Siti Hajar binti Sulaiman.
SHAH ALAM, 12 SEPTEMBER 2019 - Kumpulan inovasi hibrid MPS dan IKTBN Sepang berjaya peroleh " Anugerah Khas Juri" dan Tempat Ketiga Kategori Perkhidmatan Penyampaian (Penciptaan) di dalam Majlis Persada Inovasi Perkhidmatan Awam Peringkat Negeri Selangor Tahun 2019.
SHAH ALAM, 10 SEPTEMBER 2019 - IKTBN Sepang telah menghantar empat penyertaan ke pertandingan Invention, Innovation And Design Exposition (iidex'19) yang berlangsung di Dewan Agong Tuanku Canselor (DATC), UiTM Shah Alam dari 10 hingga 15 September 2019.
SEPANG, 5 SEPTEMBER 2019 - Lawatan Penilaian Penarafan Bintang Program Bertauliah Jabatan Pembangunan Kemahiran di IKTBN Sepang berlangsung pada 4hb dan 5hb September 2019. Tempoh 2 hari ini, tiga orang panel dari JPK telah menilai 19 program bertauliah di IKTBN Sepang melibatkan Jabatan Teknologi Mekanikal Polimer, Jabatan Teknologi Mekanikal Pemesinan, Jabatan Teknologi Mekanikal Senggaraan, Jabatan Teknologi Elektronik dan Jabatan Teknologi Mekanikal Pembuatan. Lawatan ini menilai dari segi kurikulum, infrastruktur,kemudahan pembelajaran, hal ehwal pelajar dan khidmat sokongan.
PUTRAJAYA, 31 OGOS 2019 - Sekalung tahniah kepada kontijen Sayangi Malaysiaku yg diketuai oleh Kementerian Belia dan Sukan. Penglibatan seramai 39 org pelajar IKTBN Sepang menyertai perarakan ini dan selesai tanggungjawab sebagai wakil pemakaian etnik seluruh Malaysia.
SERDANG, 30 OGOS 2019 - Kaunter DASHCAM Keusahawanan IKTBN Sepang dari Jabatan Teknologi Elektronik telah dibuka sempena Karnival Usahawan Desa 2019. Karnival adalah anjuran Kementerian Pembangunan Usahawan Malaysia. Majlis Perasmian telah dirasmikan oleh YB Datuk Seri Mohd Redzuan Yusof, Menteri Pembangunan Usahawan Malaysia.
KUALA KUBU BHARU, 29 OGOS 2019 - Uji cuba produk Hi-Tea Plate telah diadakan di IKBN Peretak, Selangor, diketuai oleh En. Mohamed Nazeeb dari Jabatan Mekanikal Perkakasan. Seramai 7 orang pengajar dan 8 orang pelajar dari bidang Hospitaliti telah mengambil bahagian dalam proses uji cuba produk Hi-Tea Plate.
SEPANG, 29 OGOS 2019 - Majlis Sambutan Kemerdekaan Peringkat IKTBN Sepang telah disambut dengan meriah dan bersemangat oleh warga kerja dan pelajar-pelajar Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara Sepang. Majlis ini telah dianjurkan oleh Jabatan Teknologi Elektronik dengan kerjasama Bahagian Hal Ehwal Pelajar dan Majlis Perwakilan Pelajar.
ALOR GAJAH, 27 AUGUST 2019 - Product application test for Hi Tea Plate was held at the IKTBN Alor Gajah lead by Mr Mohamed Nazeeb, Tool & Die department (JMT) as a leader of the S.I.T group.
© Hak Cipta Terpelihara 2018 Kementerian Belia Dan Sukan