XXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXX Perutusan Pengarah
 

IKTBN



CHEMBONG

 

PERUTUSAN

PENGARAH

 

 

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam 1 Malaysia

 

Di IKTBN Chembong, kami berusaha membantu para belia meningkatkan kemahiran dan ilmu pengetahuan supaya bertepatan dengan peluang pekerjaan di dalam bidang Teknologi Kejuruteraan Automotif dan Awam. Hal ini selari dengan evolusi yang mencabar dan holistik menerusi Rancangan Malaysia ke-11 (RMK11) mentransformasi pendidikan dan latihan teknikal dan vokasional untuk memenuhi permintaan industri. Walaupun kemahiran dilihat sebagai nadi peningkatan ekonomi negara tetapi hakikatnya, negara kekurangan tenaga kerja untuk berdaya saing dengan dunia luar. Justeru atas kewajaran ini IKTBN Chembong menjadi platform untuk mempersiapkan belia-belia berkemahiran supaya lebih dinamik, inovatif, responsif serta efisien menghadapi cabaran global.

 

Latihan yang sedia ada tidak memadai tetapi latihan yang khusus amat diperlukan sebelum menempuh alam pekerjaan dan masyarakat amnya. Para pelatih perlu dilatih untuk bekerja secara dinamik dan menyeluruh untuk melahirkan pelatih-pelatih yang mempunyai modal insan dan mahir di sektor industri. Bagi merealisasikan matlamat tersebut dan membuat perubahan, institusi perlulah melakukan perubahan dan penambahbaikan kaedah pengajaran yang sedia ada ke cara pengajaran yang lebih kreatif dan inovatif. Suasana pembelajaran perlulah fleksibel dan kondusif sementara proses pembelajaran sentiasa mematuhi piawaian yang telah ditetapkan oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran Malaysia (JPK).

 

Keberkesanan institusi bergantung kepada kesediaan graduan untuk bersaing diperingkat antarabangsa dengan ilmu pengetahuan dan kemahiran semasa belajar di institut ini demi membina masa depan yang cemerlang. Dunia pekerjaan hari ini mengukur kepada potensi diri melalui sahsiah yang positif, kepakaran yang boleh diadaptasi ke dunia pekerjaan, komitmen yang padu terhadap perkerjaan yang diamanahkan, mempunyai pemikiran dan idea kreatif untuk menghasilkan sesuatu yang baru adalah penting untuk menempatkan diri di alam pekerjaan.

 

Modal pembangunan insan yang sedia ada perlulah ditingkatkan di kalangan pelatih-pelatih yang menjalani latihan kemahiran di Institut ini bersesuaian dengan kehendak industri Negara seterusnya melahirkan pelatih yang berdisiplin serta seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intektual. Pelatih yang berkemahiran adalah aspirasi dan pemangkin revolusi pembangunan Negara.

 

Sekian, terima kasih.

 
 
imageedit 4 8178318634

BERKHIDMAT UNTUK NEGARA

PROFESSIONAL TERUNGGUL

HJ SHAMSUDIN BIN JAMIL

Pengarah IKTBN Chembong

 

 
Find us on Facebook
Follow Us