Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia

Institusi Latihan Kemahiran Belia & Sukan

 

 

LATAR BELAKANG


INSTITUT KEMAHIRAN TINGGI BELIA NEGARA CHEMBONG (IKTBN Chembong) merupakan sebuah institut latihan kemahiran milik penuh Kerajaan Malaysia di bawah Kementerian Belia dan Sukan Malaysia.Bermula November 2015, IKBN Chembong telah dinaik taraf kepada IKTBN Chembong. IKTBN Chembong adalah di antara 8 buah IKBN yang ditubuhkan di bawah Rancangan Malaysia Ke Tujuh. Kerja-kerja pembinaan IKTBN Chembong bermula pada Oktober 1999 dengan kos RM52 juta dan disiapkan pada April 2002. IKTBN Chembong adalah Pusat Kecemerlangan bagi bidang Automotif di bawah Kementerian Belia dan Sukan Malaysia (KBS). IKTBN Chembong mula beroperasi sepenuhnya pada Januari 2003 dengan menawarkan kursus-kursus kemahiran dalam dua bidang utama iaitu Automotif dan Awam.



MOTO
Profesional Terunggul
VISI

Menjadi Institut Kemahiran Yang Terunggul Menepati Keperluan Pembangunan Negara.

MISI

Menghasilkan Belia Seramai Mungkin Yang Berkemahiran Dalam Bidang Teknikal, Berwawasan dan Berakhlak Mulia Untuk Tenaga Kerja Yang Berketrampilan Selaras Dengan Pembangunan Negara.

DASAR KUALITI


Dasar Kualiti Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara Chembong (IKTBNCB) ialah:

“IKTBNCB komited di dalam menyedia dan melaksanakan pengurusan pengajaran dan pembelajaran secara cekap dan berkesan. IKTBNCB akan memastikan kepuasan pelanggan sentiasa ditingkatkan melalui pematuhan kepada keperluan-keperluan penambahbaikan berterusan melalui Sistem Pengurusan Kualiti”.


OBJEKTIF

INSTITUT


Menyediakan Latihan Kemahiran Dalam Pelbagai Bidang Mengikut Piawaian Kemahiran Kebangsaan.

Menyediakan latihan pembangunan insan ke arah menzahirkan peribadi yang berakhlak mulia sesuai dengan aspirasi Negara.

Memberi Latihan Keusahawanan Bagi Melahirkan Usahawan Yang Berinovatif Dan Berdaya Saing Dikalangan Belia.

Menyediakan Latihan Jangka Pendek, Modular dan Customised Kepada Pekerja Industri dan Masyarakat Setempat.

Menghasilkan Sumber Tenaga Kerja Mengikut Keperluan Pasaran Negara.



PIAGAM

PELANGGAN


Memastikan sekurang-kurangnya 80% pelajar berjaya menamatkan latihan dalam kursus yang diikuti.

Memastikan aduan awam yang diterima diberi maklum balas dalam tempoh 3 hari bekerja.

Menjelaskan bayaran kepada pembekal dalam tempoh 14 hari dengan syarat dokumen yang dikemukakan adalah lengkap.

Memastikan program kerohanian dan jati diri dilaksanakan sekurang-kurangnya 12 kali setiap tahun.

 

 

PENCAPAIAN

PIAGAM PELANGGAN 2019

 

 

BIL PIAGAM PELANGGAN PENCAPAIAN

 

1

 

Memastikan sekurang-kurangnya 80% pelajar berjaya menamatkan latihan dalam kursus yang diikuti.

 

80% pelajar berjaya menamatkan latihan dalam kursus yang diikuti di IKTBN CHEMBONG.

 

 

2

 

Memastikan aduan awam yang diterima diberi maklum balas dalam tempoh 3 hari bekerja.

 

 

Segala aduan awam yang diterima telah diberi maklum balas dalam tempoh 3 hari bekerja

3

 

Menjelaskan bayaran kepada pembekal dalam tempoh 14 hari dengan syarat dokumen yang dikemukakan adalah lengkap

 

Segala bayaran telah dijelaskan kepada pembekal dalam tempoh 14 hari dengan syarat dokumen yang dikemukakan adalah lengkap

4

 

 

Memastikan program kerohanian dan jati diri dilaksanakan sekurang-kurangnya 12 kali setahun

 

Program kerohanian dan jati diri telah dilaksanakan 12 kali setahun