AKBG



BUKIT KIARA

 

PERUTUSAN

PENGARAH

BISMILAH

 

Salam Sejahtera, Salam 1 Belia 1 Malaysia.

Syukur ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan limpah kurnia dan izinNya laman web Akademi Kemahiran Belia Golf (AKBG) Bukit Kiara, Kementerian Belia dan Sukan Malaysia berjaya dibangunkan dan menjadi sumber maklumat dan rujukan kepada masyarakat luar dan bakal pelatih mengenai latihan kemahiran dan aktiviti-aktiviti semasa yang dijalankan di Institut ini.

Adalah diharapkan dengan adanya laman web ini, Akademi Kemahiran Belia Golf (AKBG) bukan sahaja merupakan sebuah institusi yang dapat membantu belia mahupun pemain industri dari aspek penyediaan latihan pengurusan golf, malah dapat di jadikan sebagai sebuah pusat penyebaran ilmu kemahiran berkaitan sektor golf secara menyeluruh mahupun pelbagai. AKBG juga merupakan usaha Kementerian Belia dan Sukan ke arah melaksanakan pelbagai aktiviti yang dapat membentuk dan memupuk minat golongan muda dan pemain industri secara amnya dalam bidang pengurusan golf khususnya kepada golongan belia lepasan sekolah dan masyarakat.

Alhamdulillah dengan berkat usaha dan kerjasama daripada pelbagai pihak, laman web ini dapat direalisasikan. Semoga dengan adanya laman web AKBG ini, dapat menjadi satu medium penyampaian dan penyaluran maklumat yang lebih efektif dan efisyen dalam era serba moden selaras dengan keperluan dan gaya hidup belia dan masyarakat masa kini. 

Saya mengucapkan setinggi – tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua warga kerja Team AKBG terutamanya Team ILKBS yang banyak membantu.

 

Sekian, terima kasih.

 

“Seorang PEMENANG tidak akan berhenti BERUSAHA,manakala seorang yang berhenti BERUSAHA tidak akan menjadi seorang PEMENANG.”

 

MOZAKIR BIN BUYONG MOKHTAR

PENGARAH--

AKADEMI KEMAHIRAN BELIA GOLF (AKBG)

 
Find us on Facebook
Follow Us