LATARBELAKANG


Penubuhan Akademi Kemahiran Belia Golf  (AKBG) adalah merujuk kepada Mesyuarat Pra Kabinet KBS pada 28 April 2009 dalam mencadangkan Penubuhan AKBG sebagai satu industri yang dapat menyumbangkan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) dan mengukuhkan sektor pelancongan dan sektor industri sukan negara. Penubuhan AKBG juga membuka peluang latihan kemahiran kepada penduduk tempatan terutama golongan belia . Program ini juga bertujuan untuk mengalakan golongan belia berkecimpung dan bergiat dalam aktiviti sukan golf. Oleh yang demikian, AKBG menawarkan kemasukan pelajar dalam latihan kemahiran sukan golf kepada para belia yang berminat dan memperolehi pentauliahan pensijilan Sijil Kemahiran Malaysia




MOTO
Profesional Terunggul
VISI
 

Melahirkan belia yang berkemahiran dan berketrampilan di dalam industri kemahiran golf dan sebagai rujukan pembangunan industri kemahiran golf negara

 
MISI
 
Menghasilkan belia yang berkemahiran, berdisiplin dan berakhlak mulia, berkepimpinan, berkeusahawanan dan berwawasan untuk melahirkan tenaga mahir dan pakar selaras dengan pembangunan Negara .

STRATEGI


Menerokai segala ilmu dalam semua bidang yang berkaitan dengan kursus yang ditawarkan.

Menyediakan kemudahan terkini sebagai menyokong pembangunan ilmu, pembelajaran dan kemahiran.

Menawarkan program yang cemerlang untuk memenuhi keperluan industri pada masa kini dan masa hadapan.

Menghasilkan tenaga kerja mahir yang bertanggung jawab, berdisiplin, berilmu dan bertrampilan.

Memainkan peranan aktif dalam pembangunan kemahiran kepada industri setempat melalui kursus-kursus jangka pendek dan bantuan kepakaran.



OBJEKTIF

INSTITUSI

Melatih belia berkemahiran dalam industri sukan golf dan membantu memperkembangkan kemahiran dalam sukan golf.

Menampung kekurangan tenaga kerja tempatan dalam bidang pengurusan dan kemahiran sukan golf.

Memberi peluang kepada belia dan beliawanis untuk bergiat aktif sebagai touring pro setelah menjadi kedi yang berjaya.

Find us on Facebook
Follow Us