30 Nov,2021- Kuala Perlis,Perlis, Pihak IKBN Kuala Perlis amatlah berterima kasih dan mengalu-alukan kedatangan YAB Dato’ Seri Azlan Man (Menteri Besar Perlis) untuk menyempurnakan majlis konvokesyen tersebut.Di antara yang turut hadir bersama ialah YB Tn.Hamizan Bin Hassan dan YB Pn.Roziena Binti Ahmad,Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri Perlis,Yang Berusaha En.Mohd Iqbal Bin Mohd Noor,Pengarah Kemahiran,Bahagian Pembangunan Kemahiran,Kementerian Belia dan Sukan Malaysia dan En.Zurihanmi Bin Zakariya,Pengarah IKBN Kuala Perlis,Perlis.

Majlis konvokesyen IKBN Kuala Perlis 2021 diadakan di Dewan Utama IKBN Kuala Perlis dengan mematuhi SOP yang disyorkan demi kebaikan bersama. Pada majlis ini, seramai 144 graduan berjaya menamatkan pengajian dengan jayanya meliputi bidang penyelenggaraan marin, penyelenggaraan kereta, kenderaan perdagangan, jentera berat, semburan cat, automotif, lukisan senibina dan scaffolding.Sekalung tahniah untuk semua graduan yang telah berjaya menamatkan pengajian.selamat maju jaya dan berbaktilah demi agama,bangsa dan negara tercinta ini.