IKBN



BANDAR PENAWAR

 
Ahad, 29 October 2017 10:52

AMANAT DAN PENYERAHAN BENDERA KEPADA KONTIJEN IKBN BANDAR PENAWAR

Written by
Rate this item
(0 votes)

AMANAT DAN PENYERAHAN BENDERA KEPADA KONTIJEN IKBN BANDAR PENAWAR


Bandar Penawar, 29 Oktober 2017 – Seramai 18 pelajar IKBN Bandar Penawar dipilih untuk menyertai acara sukan yang dipertandingkan sempena Sukan ILKBS Kali Ke-31 di IKBN Bandar Penawar. Pengarah IKBN Bandar Penawar Tuan Haji Mohd Saleh Bin Haji Ghazali telah memberi sedikit amanat kepada mereka bagi menaikkan semangat mereka sebelum berjuang bagi merebut pingat dalam acara yang dipertandingkan.


Acara penyerahan bendera IKBN Bandar Penawar diadakan jam 10.30 pagi di Dewan Serbaguna IKBN Bandar Penawar. Bendera diserahkan oleh Pengarah IKBN Bandar Penawar kepada Encik Lim Chow Kiat selaku Ketua Kontijen Pasukan IKBN Bandar Penawar. Acara disaksikan oleh Encik Mohd Syahfizzan Bin Ahmad selaku pengurus pasukan. Seramai 8 orang pelajar lelaki akan bertanding dalam acara sukan Futsal, 3 orang pelajar lelaki dan 3 orang pelajar perempuan akan bertanding dalam acara badminton manakala 2 orang pelajar lelaki dan 2 orang pelajar perempuan akan bertanding dalam acara bowling.


Diharapkan semua peserta melakukan yang terbaik dan bersungguh-sungguh bagi memenangi pingat dan menjulang nama IKBN Bandar Penawar.

 

Disediakan oleh : Encik Mohd Syahfizzan bin Ahmad
Foto disediakan oleh : Encik Mohd Zulhilmi Bin Abdullah

Read 892 times Last modified on Isnin, 06 November 2017 11:20
 
Find us on Facebook
Follow Us