IKBN



PEKAN

 
Written by CheWan
Rate this item
(0 votes)

AUDIT PEMANTAUAN MS ISO 9001:2015 NORMA BAHARU

 

Disediakan Oleh : Nurkhalilah Atiqah Mohamad Othman

PEKAN, 11 Februari 2021 - Audit Pemantauan Sistem Pengurusan Kualiti (SPK) MS ISO 9001:2015 IKBN Pekan bagi tahun 2020 oleh pihak SIRIM QAS International Sdn. Bhd. telah diadakan dengan jayanya pada 10 dan 11 Februari 2021.

 

Audit yang telah dikendalikan oleh Ketua Pasukan Audit SIRIM, Fadhlullah Rahmat, dijalankan secara atas talian bagi mematuhi norma baharu. Seramai 21 orang pegawai telah terlibat sepanjang proses pengauditan ini berlangsung.


Tujuan audit dijalankan adalah bagi memastikan pelaksanaan SPK di IKBN Pekan adalah selari dengan keperluan piawaian MS ISO 9001:2015. Secara keseluruhannya, keputusan audit mendapati kefahaman serta pelaksanaan SPK adalah baik dan memuaskan. Tiada Laporan Ketaakuran dan Peluang Penambahbaikan dilaporkan bagi sesi audit kali ini.

Read 46 times Last modified on Khamis, 11 February 2021 16:25