XXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXX Automotif
 

Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia

Institusi Latihan Kemahiran Belia & Sukan

 

Kerjaya Sektor

Teknologi Automotif

Kursus Automotif menyediakan pelajar untuk kerjaya di dalam industri kejuruteraan automotif.

 

Kursus yang ditawarkan Kod IKBN Senarai IKBN
SAK 02

IKBN Jitra

IKBN Bachok

IKBN Kuala Perlis

IKBN Temerloh

SAJ 02

IKBN Bachok

IKBN Kuala Perlis

IKBN Dusun Tua

SAP 02

IKBN Bachok

IKBN Kuala Perlis

SAC 02

IKBN Bachok

IKBN Kuala Perlis

SAB 02

IKBN Bachok

SAM 02

IKBN Jitra

SAB 03

IKBN Chembong

IKBN Miri

SAM 03

IKBN Jitra

SAK 03

IKBN Miri

IKBN Dusun Tua

IKBN Bachok

IKBN Chembong

SAJ 03

IKBN Miri

IKBN Bachok

IKBN Chembong

SAP 03

IKBN Miri

IKBN Dusun Tua

IKBN Bachok

IKBN Chembong

SAC 03

IKBN Miri

IKBN Dusun Tua

IKBN Temerloh

IKBN Chembong

SAU 03

IKBN Temerloh

SAR 03

IKBN Temerloh

SAY 03

IKBN Temerloh

DAU 04

IKBN Temerloh

DAR 04

IKBN Temerloh

DAY 04

IKBN Temerloh

DAM 04

IKBN Chembong

DAM 45

IKBN Chembong

  • APA YANG DITAWARKAN DALAM SIJIL TEKNOLOGI AUTOMOTIF?

    i. Penerangan Kursus:


    Melatih pelajar dengan kemahiran dalam bidang penyenggaraan kenderaan bermotor meliputi kerja-kerja baikpulih enjin kereta. Pelajar akan diajar melalui kaedah 70% amali dan 30% teori mengikut persijilan Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK). Antara modul-modul yang terdapat dalam kursus ini adalah Teknologi Kawalan Kenderaan, Teknologi Enjin Pembakaran Dalam,Teknologi Penghantaran Kuasa dan sebagainya. Setelah tamat latihan, pelajar dapat memahami secara teori keseluruhan sistem kendalian kenderaan bermotor dan mampu membaikpulih sistem-sistem yang terdapat pada sesebuah kenderaan bermotor tersebut.


    ii. Prospek Kerjaya:


    Pelajar yang berketerampilan berpeluang untuk memegang jawatan sebagai Juruteknik/mekanik kenderaan bermotor, tenaga pengajar di sektor awam/swasta dan juga usahawan dalam bidang berkaitan.

  • APA YANG DITAWARKAN DALAM SIJIL TEKNOLOGI AUTOMOTIF?

    i. Penerangan Kursus:


    Melatih pelajar dengan kemahiran dalam bidang penyenggaraan Jentera berat meliputi kerja-kerja baikpulih jentera berat seperti Backhoe, Excavator, Roller Compactor dan sebagainya. Pelajar akan diajar melalui kaedah 70% amali dan 30% teori mengikut persijilan Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK). Antara modul-modul yang terdapat dalam kursus ini adalah seperti Senggaraan Sistem Hidraulik / Pneumatik, Senggaraan Trek dan Bahagian Dasar, Pam Suntikan Bahan Api (FIP) dan sebagainya. Setelah tamat latihan, pelajar dapat memahami secara teori keseluruhan sistem kendalian jentera berat dan mampu membaikpulih sistem-sistem yang terdapat pada jentera-jentera berat tersebut.


    ii. Prospek Kerjaya:


    Pelajar yang berketrampilan berpeluang untuk memegang jawatan sebagai Juruteknik/mekanik jentera berat, tenaga pengajar di sektor awam/swasta dan juga usahawan dalam bidang berkaitan.

  • APA YANG DITAWARKAN DALAM SIJIL TEKNOLOGI AUTOMOTIF?

    i. Penerangan Kursus:


    Melatih pelajar dengan kemahiran dalam bidang penyenggaraan kenderaan perdagangan meliputi kerja-kerja baikpulih enjin kenderaan perdagangan seperti bas dan lori. Pelajar akan diajar melalui kaedah 70% amali dan 30% teori mengikut persijilan Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK). Antara modul-modul yang terdapat dalam kursus ini adalah seperti Pemeriksaan Lorong Ujian Kenderaan, Sistem Gear Automatik, Sistem Perencat Brek dan Brek Angin / Cegah Kunci dan sebagainya. Setelah tamat latihan, pelajar dapat memahami secara teori keseluruhan sistem kendalian sesebuah kenderaan perdagangan dan mampu membaikpulih sistem-sistem yang terdapat pada sesebuah kenderaan perdagangan.


    ii. Prospek Kerjaya:


    Pelajar yang berketrampilan berpeluang untuk memegang jawatan sebagai Juruteknik/mekanik kenderaan perdagangan, tenaga pengajar di sektor awam/swasta dan juga usahawan dalam bidang berkaitan.

  • APA YANG DITAWARKAN DALAM SIJIL TEKNOLOGI AUTOMOTIF?

    i. Penerangan Kursus:


    Melatih pelajar dengan kemahiran dalam bidang semburan cat meliputi kerja-kerja memeriksa jenis kerosakan cat dan mengecat semula badan kenderaan. Pelajar akan diajar melalui kaedah 70% amali dan 30% teori mengikut persijilan Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK). Antara modul-modul yang terdapat dalam kursus ini adalah seperti Semburan Cat Alkid, Semburan Cat Akrilik, Semburan Cat 2K dan sebagainya. Setelah tamat latihan, pelajar dapat memahami secara teori jenis-jenis cat yang digunakan untuk mengecat badan kenderaan serta mampu mengecat semula badan kenderaan dengan baik dan sempurna.


    ii. Prospek Kerjaya:


    Pelajar yang berketrampilan berpeluang untuk memegang jawatan sebagai Juruteknik/mekanik semburan cat, tenaga pengajar di sektor awam/swasta dan juga usahawan dalam bidang berkaitan.

  • APA YANG DITAWARKAN DALAM SIJIL TEKNOLOGI AUTOMOTIF?

    i. Penerangan Kursus:


    Melatih pelajar dengan kemahiran dalam bidang ketukan panel kenderaan meliputi kerja-kerja baikpulih badan kenderaan serta kerja-kerja penyeliaan. Pelajar akan diajar melalui kaedah 70% amali dan 30% teori mengikut persijilan Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK). Antara modul-modul yang terdapat dalam kursus ini adalah seperti Pembukaan Bahagian Kenderaan, Pengimpalan Badan Kenderaan, Pembaikpulihan Casis dan sebagainya. Setelah tamat latihan, pelajar dapat memahami secara teori teknik-teknik membaikpulih badan kenderaan serta mampu mengetuk panel kenderaan dengan baik dan sempurna.


    ii. Prospek Kerjaya:


    Pelajar yang berketrampilan berpeluang untuk memegang jawatan sebagai Juruteknik kanan/mekanik kanan pengetukan panel kenderaan, tenaga pengajar di sektor awam/swasta dan juga usahawan dalam bidang berkaitan.

  • APA YANG DITAWARKAN DALAM SIJIL TEKNOLOGI AUTOMOTIF?

    i. Penerangan Kursus:


    Melatih pelajar dengan kemahiran dalam bidang penyenggaraan motosikal meliputi kerja-kerja mengenalpasti jenis kerosakan serta baikpulih enjin motosikal. Pelajar akan diajar melalui kaedah 70% amali dan 30% teori mengikut persijilan Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK). Antara modul-modul yang terdapat dalam kursus ini adalah seperti Sistem Panduan, Roda dan Suspensi, Sistem Brek dan Tayar, Sistem Bahan Api, Pembaikpulihan (Overhaul) dan Pemasangan Enjin dan sebagainya. Setelah tamat latihan, pelajar dapat memahami secara teori keseluruhan sistem kendalian enjin motosikal dan mampu membaikpulih sistem-sistem yang terdapat pada sesebuah motosikal tersebut.


    ii. Prospek Kerjaya:


    Pelajar yang berketrampilan berpeluang untuk memegang jawatan sebagai Juruteknik/mekanik motosikal, tenaga pengajar di sektor awam/swasta dan juga usahawan dalam bidang berkaitan.

  • APA YANG DITAWARKAN DALAM SIJIL TEKNOLOGI AUTOMOTIF?

    i. Penerangan Kursus:


    Melatih pelajar dengan kemahiran dalam bidang pengetuk panel kenderaan meliputi kerja-kerja baikpulih badan kenderaan serta kerja-kerja penyeliaan. pelajar akan diajar melalui kaedah 70% amali dan 30% teori mengikut persijilan Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK). Antara modul-modul yang terdapat dalam kursus ini adalah seperti Pembukaan Bahagian Kenderaan, Pengimpalan Badan Kenderaan, Pembaikpulihan Casis dan sebagainya. Setelah tamat latihan, pelajar dapat memahami secara teori teknik-teknik membaikpulih badan kenderaan serta mampu mengetuk panel kenderaan dengan baik dan sempurna.


    ii. Prospek Kerjaya:


    Pelajar yang berketrampilan berpeluang untuk memegang jawatan sebagai Juruteknik kanan/mekanik kanan pengetukan panel kenderaan, tenaga pengajar di sektor awam/swasta dan juga usahawan dalam bidang berkaitan.

  • APA YANG DITAWARKAN DALAM SIJIL TEKNOLOGI AUTOMOTIF?

    i. Penerangan Kursus:


    Melatih pelajar dengan kemahiran dalam bidang penyenggaraan motosikal meliputi kerja-kerja mengenalpasti jenis kerosakan serta baikpulih enjin motosikal. Pelajar akan diajar melalui kaedah 70% amali dan 30% teori mengikut persijilan Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK). Antara modul-modul yang terdapat dalam kursus ini adalah seperti Sistem Panduan, Roda dan Suspensi, Sistem Brek dan Tayar, Sistem Bahan Api, Pembaikpulihan (Overhaul) dan Pemasangan Enjin and assembly dan sebagainya. Setelah tamat latihan, pelajar dapat memahami secara teori keseluruhan sistem kendalian enjin motosikal dan mampu membaikpulih sistem-sistem yang terdapat pada sesebuah motosikal tersebut.


    ii. Prospek Kerjaya:


    Pelajar yang berketrampilan berpeluang untuk memegang jawatan sebagai Juruteknik/mekanik motosikal, tenaga pengajar di sektor awam/swasta dan juga usahawan dalam bidang berkaitan.

  • APA YANG DITAWARKAN DALAM SIJIL TEKNOLOGI AUTOMOTIF?

    i. Penerangan Kursus:


    Melatih pelajar dengan kemahiran dalam bidang penyenggaraan kenderaan bermotor meliputi kerja-kerja baikpulih enjin kereta serta kerja-kerja penyeliaan. Pelajar akan diajar melalui kaedah 70% amali dan 30% teori mengikut persijilan Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK). Antara modul-modul yang terdapat dalam kursus ini adalah seperti Teknologi Kawalan Kenderaan, Teknologi Enjin Pembakaran Dalam,Teknologi Penghantaran Kuasa dan sebagainya. Setelah tamat latihan, pelajar dapat memahami secara teori keseluruhan sistem kendalian kenderaan bermotor dan mampu membaikpulih sistem-sistem yang terdapat pada sesebuah kenderaan bermotor tersebut.


    ii. Prospek Kerjaya:


    Pelajar yang berketrampilan berpeluang untuk memegang jawatan sebagai Juruteknik kanan/mekanik kanan kenderaan bermotor, tenaga pengajar di sektor awam/swasta dan juga usahawan dalam bidang berkaitan.

  • APA YANG DITAWARKAN DALAM SIJIL TEKNOLOGI AUTOMOTIF?

    i. Penerangan Kursus:


    Melatih pelajar dengan kemahiran dalam bidang penyenggaraan Jentera berat meliputi kerja-kerja baikpulih jentera berat seperti Backhoe, Excavator, Roller Compactor dan sebagainya serta kerja-kerja penyeliaan. Pelajar akan diajar melalui kaedah 70% amali dan 30% teori mengikut persijilan Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK). Antara modul-modul yang terdapat dalam kursus ini adalah seperti Senggaraan Sistem Hidraulik / Pneumatik, Senggaraan Trek dan Bahagian Dasar, Pam Suntikan Bahan Api (FIP) dan sebagainya. Setelah tamat latihan, pelajar dapat memahami secara teori keseluruhan sistem kendalian jentera berat dan mampu membaikpulih sistem-sistem yang terdapat pada jentera-jentera berat tersebut.


    ii. Prospek Kerjaya:


    Pelajar yang berketrampilan berpeluang untuk memegang jawatan sebagai Juruteknik kanan/mekanik kanan kenderaan bermotor, tenaga pengajar di sektor awam/swasta dan juga usahawan dalam bidang berkaitan.

  • APA YANG DITAWARKAN DALAM SIJIL TEKNOLOGI AUTOMOTIF?

    i. Penerangan Kursus:


    Melatih pelajar dengan kemahiran dalam bidang penyenggaraan kenderaan perdagangan meliputi kerja-kerja baikpulih enjin kenderaan perdagangan seperti bas dan lori serta kerja-kerja penyeliaan. Pelajar akan diajar melalui kaedah 70% amali dan 30% teori mengikut persijilan Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK). Antara modul-modul yang terdapat dalam kursus ini adalah seperti Pemeriksaan Lorong Ujian Kenderaan, Sistem Gear Automatik, Sistem Perencat Brek dan Brek Angin / Cegah Kunci dan sebagainya. Setelah tamat latihan, pelajar dapat memahami secara teori keseluruhan sistem kendalian sesebuah kenderaan perdagangan dan mampu membaikpulih sistem-sistem yang terdapat pada sesebuah kenderaan perdagangan.


    ii. Prospek Kerjaya:


    Pelajar yang berketrampilan berpeluang untuk memegang jawatan sebagai Juruteknik kanan/mekanik kanan kenderaan perdagangan, tenaga pengajar di sektor awam/swasta dan juga usahawan dalam bidang berkaitan.

  • APA YANG DITAWARKAN DALAM SIJIL TEKNOLOGI AUTOMOTIF?

    i. Penerangan Kursus:


    Melatih pelajar dengan kemahiran dalam bidang semburan cat meliputi kerja-kerja menyelia dan mengecat semula badan kenderaan. Pelajar akan diajar melalui kaedah 70% amali dan 30% teori mengikut persijilan Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK). Antara modul-modul yang terdapat dalam kursus ini adalah seperti Semburan Cat Alkid, Semburan Cat Akrilik, Semburan Cat 2K dan sebagainya. Setelah tamat latihan, pelajar dapat memahami secara teori jenis-jenis cat yang digunakan untuk mengecat badan kenderaan serta mampu mengecat semula badan kenderaan dengan baik dan sempurna.


    ii. Prospek Kerjaya:


    Pelajar yang berketrampilan berpeluang untuk memegang jawatan sebagai Juruteknik kanan/mekanik kanan semburan cat, tenaga pengajar di sektor awam/swasta dan juga usahawan dalam bidang berkaitan.

  • APA YANG DITAWARKAN DALAM SIJIL TEKNOLOGI AUTOMOTIF?

    i. Penerangan Kursus:


    Kursus ini diiktiraf oleh Agensi Kelayakan Malaysia (Malaysian Qualification Agency-MQA) yang mana pelajar terlibat dalam aktiviti pembelajaran merangkumi 70% latihan amali dan 30% teori. Antara modul-modul pembelajaran pengkhususan yang terdapat dalam kursus ini adalah seperti lukisan kejuruteraan, teknologi automotif, pembuatan bantuan komputer, proses pembuatan automotif, pemesinan, bahan produk & pengujian, kawalan kualiti, sistem fleksibel mekatronik & automasi, elektro pneumatik & hidraulik dan sebagainya. Setelah tamat latihan, pelajar dapat memahami peringkat-peringkat proses pembuatan, pemasangan dan pengujian komponen-komponen automotif serta mampu mengendalikan mesin-mesin pembuatan komponen/produk konvensional dan juga berteknologi kawalan berkomputer terkini.


    ii. Prospek Kerjaya:


    Pelajar yang berjaya menamatkan kursus ini berpeluang membina kerjaya sebagai Juruteknik Pengeluaran/Rekabentuk Proses/Kawalan Kualiti di syarikat-syarikat pembuat kereta, Penasihat Teknikal Pemasaran Produk, Juruteknik Analisa Produk di Institusi-institusi Penyelidikan dan Piawaian swasta/awam, Teknologis pemesinan logam di industri-industri pembuatan dan juga tenaga pengajar vokasional di institusi latihan kemahiran awam/swasta.

  • APA YANG DITAWARKAN DALAM SIJIL TEKNOLOGI AUTOMOTIF?

    i. Penerangan Kursus:


    Kursus ini diiktiraf oleh Agensi Kelayakan Malaysia (Malaysian Qualification Agency-MQA) yang mana pelajar terlibat dalam aktiviti pembelajaran merangkumi 70% latihan amali dan 30% teori. Antara modul-modul pembelajaran pengkhususan yang terdapat dalam kursus ini adalah seperti lukisan kejuruteraan, rekaan mesin, teknologi automotif, pemodelan pepejal, pembuatan bantuan komputer, proses pembuatan automotif, fabrikasi logam, rekaan komponen automotif & prototaip, kawalan kualiti dan sebagainya. Setelah tamat latihan, pelajar dapat memahami idea dan konsep rekabentuk dalam bidang automotif dan mampu mengendalikan perisian-perisian lukisan kejuruteraan terkini serta mesin-mesin pembuatan komponen/produk berteknologi kawalan berkomputer.


    ii. Prospek Kerjaya:


    Pelajar yang berjaya menamatkan kursus ini berpeluang membina kerjaya sebagai Juruteknik Rekabentuk Produk/Rekabentuk Proses/Penyelidikan & Pembangunan di syarikat-syarikat pembuat kereta, Penasihat Teknikal Pemasaran produk, Juruteknik Analisa Produk di Institusi-institusi Penyelidikan dan Piawaian Swasta/Awam dan juga tenaga pengajar vokasional di institusi latihan kemahiran awam/swasta.

  • APA YANG DITAWARKAN DALAM SIJIL TEKNOLOGI AUTOMOTIF?

    i. Penerangan Kursus:


    Kursus ini diiktiraf oleh Agensi Kelayakan Malaysia (Malaysian Qualification Agency-MQA) yang mana pelajar terlibat dalam aktiviti pembelajaran merangkumi 70% latihan amali dan 30% teori. Antara modul-modul pembelajaran pengkhususan yang terdapat dalam kursus ini adalah seperti pembaikpulihan (overhaul) enjin, sistem brek, teknologi automotif, suspensi panduan roda & tayar, turbo & pengecas super, pemasangan NGV dan sebagainya. Setelah tamat latihan, pelajar dapat memahami secara teori keseluruhan sistem kendalian sesebuah kenderaan bermotor dan mampu membaikpulih sistem-sistem mekanikal dan elektrikal sesebuah kenderaan seperti sistem enjin, brek, autoelektrik dan elektronik, nyalaan, kawalan dan suspensi dan lain-lain.


    ii. Prospek Kerjaya:


    Pelajar yang berjaya menamatkan kursus ini berpeluang membina kerjaya sebagai Juruteknik Automotif/ Penasihat Teknikal di pusat-pusat servis kereta, Juruteknik Pengeluaran di syarikat-syarikat pengeluar kereta, Mekanik kenderaan motor bertauliah di sektor swasta/awam dan juga tenaga pengajar vokasional di institusi latihan kemahiran awam/swasta.

  • APA YANG DITAWARKAN DALAM SIJIL TEKNOLOGI AUTOMOTIF?

    i. Penerangan Kursus:


    Kursus ini diiktiraf oleh Agensi Kelayakan Malaysia (Malaysian Qualification Agency-MQA) yang mana pelajar terlibat dalam aktiviti pembelajaran merangkumi 70% latihan amali dan 30% teori. Antara modul-modul pembelajaran pengkhususan yang terdapat dalam kursus ini adalah seperti lukisan kejuruteraan, teknologi automotif, pembuatan bantuan komputer, proses pembuatan automotif, pemesinan, bahan produk & pengujian, kawalan kualiti, sistem fleksibel mekatronik & automasi, elektro pneumatik & hidraulik dan sebagainya. Setelah tamat latihan, pelajar dapat memahami peringkat-peringkat proses pembuatan, pemasangan dan pengujian komponen-komponen automotif serta mampu mengendalikan mesin-mesin pembuatan komponen/produk konvensional dan juga berteknologi kawalan berkomputer terkini.


    ii. Prospek Kerjaya:


    Pelajar yang berjaya menamatkan kursus ini berpeluang membina kerjaya sebagai Juruteknik Pengeluaran/Rekabentuk Proses/Kawalan Kualiti di syarikat-syarikat pembuat kereta, Penasihat Teknikal Pemasaran produk, Juruteknik Analisa Produk di Institusi-institusi Penyelidikan dan Piawaian swasta/awam, Teknologis pemesinan logam di industri-industri pembuatan dan juga tenaga pengajar vokasional di institusi latihan kemahiran awam/swasta.

  • APA YANG DITAWARKAN DALAM SIJIL TEKNOLOGI AUTOMOTIF?

    i. Penerangan Kursus:


    Kursus ini diiktiraf oleh Agensi Kelayakan Malaysia (Malaysian Qualification Agency-MQA) yang mana pelajar terlibat dalam aktiviti pembelajaran merangkumi 70% latihan amali dan 30% teori. Antara modul-modul pembelajaran pengkhususan yang terdapat dalam kursus ini adalah seperti lukisan kejuruteraan, rekaan mesin, teknologi automotif, pemodelan pepejal, pembuatan bantuan komputer, proses pembuatan automotif, fabrikasi logam, rekaan komponen automotif & prototaip, kawalan kualiti dan sebagainya. Setelah tamat latihan, pelajar dapat memahami idea dan konsep rekabentuk dalam bidang automotif dan mampu mengendalikan perisian-perisian lukisan kejuruteraan terkini serta mesin-mesin pembuatan komponen/produk berteknologi kawalan berkomputer.


    ii. Prospek Kerjaya:


    Pelajar yang berjaya menamatkan kursus ini berpeluang membina kerjaya sebagai Juruteknik Rekabentuk Produk/Rekabentuk Proses/Research & Development di syarikat-syarikat pembuat kereta, Penasihat Teknikal Pemasaran produk, Juruteknik Analisa Produk di Institusi-institusi Penyelidikan dan Piawaian Swasta/Awam dan juga tenaga pengajar vokasional di institusi latihan kemahiran awam/swasta.

  • APA YANG DITAWARKAN DALAM SIJIL TEKNOLOGI AUTOMOTIF?

    i. Penerangan Kursus:


    Kursus ini diiktiraf oleh Agensi Kelayakan Malaysia (Malaysian Qualification Agency-MQA) yang mana pelajar terlibat dalam aktiviti pembelajaran merangkumi 70% latihan amali dan 30% teori. Antara modul-modul pembelajaran pengkhususan yang terdapat dalam kursus ini adalah seperti pembaikpulihan (overhaul) enjin, sistem brek, teknologi automotif, suspensi panduan roda & tayar, turbo & pengecas super, pemasangan NGV dan sebagainya. Setelah tamat latihan, pelajar dapat memahami secara teori keseluruhan sistem kendalian sesebuah kenderaan bermotor dan mampu membaikpulih sistem-sistem mekanikal dan elektrikal sesebuah kenderaan seperti sistem enjin, brek, autoelektrik dan elektronik, nyalaan, kawalan dan suspensi dan lain-lain.


    ii. Prospek Kerjaya:


    Pelajar yang berjaya menamatkan kursus ini berpeluang membina kerjaya sebagai Juruteknik Automotif/ Penasihat Teknikal dipusat-pusat servis kereta, Juruteknik Pengeluaran di syarikat-syarikat pengeluar kereta, Mekanik kenderaan motor bertauliah di sektor swasta/awam dan juga tenaga pengajar vokasional di institusi latihan kemahiran awam/swasta.

  • APA YANG DITAWARKAN DALAM SIJIL TEKNOLOGI AUTOMOTIF?

    i. Penerangan Kursus:


    Melatih pelajar untuk menyelia, merancang dan menyenggara kerja-kerja dalam bidang Automotif meliputi pengurusan sumber manusia, kawalan kos dan sebagainya. Pelajar akan diajar melalui kaedah 70% Teori dan 30% Amali mengikut persijilan Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK). Pelajar juga perlu membuat satu projek akhir yang merupakan elemen wajib untuk ditauliahkan dengan DKM Tahap 4. Antara subjek-subjek yang terdapat dalam kursus ini adalah seperti Teknologi Automotif, Pengurusan Sumber Manusia, Pengurusan Penyenggaraan dan sebagainya. Setelah tamat latihan, pelajar dapat memahami secara khusus keseluruhan elemen pengurusan dalam bidang Automotif untuk dipraktikkan dalam kerjaya berkaitan.


    ii. Prospek Kerjaya:


    Pelajar yang berketrampilan berpeluang untuk memegang jawatan sebagai Penolong Jurutera Automotif, tenaga pengajar pakar di sektor awam/swasta dan juga usahawan dalam bidang berkaitan.

  • APA YANG DITAWARKAN DALAM SIJIL TEKNOLOGI AUTOMOTIF?

    i. Penerangan Kursus:


    Melatih pelajar untuk mengurus, menyelia, merancang dan menyenggara kerja-kerja dalam bidang Automotif meliputi pengurusan sumber manusia, kawalan kualiti, pengurusan kewangan dan sebagainya. Pelajar akan diajar melalui kaedah 70% Teori dan 30% Amali mengikut persijilan Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK). pelajar juga perlu membuat satu projek akhir yang merupakan elemen wajib untuk ditauliahkan dengan DLKM Tahap 5. Antara subjek-subjek yang terdapat dalam kursus ini adalah seperti Teknologi Automotif 2, Pengurusan Kewangan, Kawalan Kualiti dan sebagainya. Setelah tamat latihan, pelajar dapat memahami secara khusus keseluruhan elemen pengurusan dalam bidang Automotif untuk dipraktikkan dalam kerjaya berkaitan.


    ii. Prospek Kerjaya:


    pelajar yang berketrampilan berpeluang untuk memegang jawatan sebagai Jurutera Automotif, Pengurus Syarikat Automotif, tenaga pengajar pakar di sektor awam/swasta dan juga usahawan dalam bidang berkaitan.

Sertai Kami
 
Find us on Facebook
Follow Us