IKBN



BANDAR PENAWAR

 
Ahad, 13 January 2019 15:21

BACAAN YASIN BULAN JANUARI 2019

Written by
Rate this item
(0 votes)

BACAAN YASIN BULAN JANUARI 2019


Bandar Penawar, 13 Jan 2019 - IKBN Bandar Penawar telah mengadakan satu Majlis Bacaan Yasin serta Doa Selamat di Bilik Mesyuarat IKBN Bandar Penawar. Majlis tersebut dihadiri semua kakitangan IKBN Bandar Penawar yang bergama Islam.


Majlis bacaan tersebut adalah majlis rutin bulanan IKBN Bandar Penawar yang mana diadakan sebulan sekali pada hari Ahad setiap minggu kedua setiap bulan. Majlis yang dikendalikan oleh Ustaz Rahmat Bin Ahmad Mashri bermula jam 9.00 pagi dan berakhir dengan sedikit jamuan ringkas pada jam 10.00 pagi.


Program sebegini diadakan bagi memohon keberkatan serta kerahmatan daripada Allah s.w.t selain ia secara tidak langsung dapat mengeratkan lagi hubungan silaturrahim di kalangan kakitangan IKBN Bandar Penawar.

 

Disediakan oleh : Encik Rahmat Bin Ahmad Mashri
Foto : Encik Rahmat Bin Ahmad Mashri

Read 413 times Last modified on Isnin, 04 February 2019 15:30
 
Find us on Facebook
Follow Us