IKBN



BANDAR PENAWAR

 
Selasa, 09 March 2021 15:42

Dialog IKBN Bandar Penawar Bersama The Westin Desaru Coast

Written by
Rate this item
(0 votes)

Dialog IKBN Bandar Penawar Bersama The Westin Desaru Coast

Desaru, 8 Mac 2021 - The Westin Desaru Coast merupakan rakan strategik dan rakan industri kepada IKBN Bandar Penawar sentiasa merangka program bagi memastikan kemahiran pelajar IKBN Bandar Penawar adalah mengikut standard industri bertaraf lima (5) bintang. Program TOT dan Mentor ini dapat menyesuaikan kemahiran yang dipelajari di institut dan diaplikasi di suasana sebenar operasi dalam bidang perhotelan dan hospitaliti. Terima kasih kepada pengurusan tertinggi The Westin Desaru Coast yang mana turut hadir semasa perbincangan dan menyokong penuh program ini iaitu Pengurus Besar, Mr. Grant Young manakala barisan pegawai IKBN Bandar Penawar yang diketuai oleh Timbalan Pengarah (PL), Encik Mohaizad Bin Mohamad Daud, Ketua Jabatan Perhotelan, Encik Shaharin dan Ketua Jabatan Hospitaliti, Puan Nurlia.

 

Disediakan oleh : Encik Mohd Zulhilmi Bin Abdullah
Foto oleh : Encik Mohd Zulhilmi Bin Abdullah

Read 12313 times Last modified on Khamis, 11 March 2021 16:06