Pasir Gudang, 27 Mei 2021 - Program Latihan Sangkutan Industri (LSI) di bawah seliaan CIAST, Shah Alam, Selangor. CIAST merupakan platform Pengajar Kemahiran Institusi Latihan Awam khususnya pengajar IKBN untuk diberi pendedahan teknologi bekerja di industri. Sehubungan dengan itu, wakil pengajar Bahagian Kimpalan, Jabatan Minyak dan Gas En Mahathir Bin Mohamad telah mengikuti program LSI tersebut di syarikat Adama Focus Engineering & Construction bertempat di Taman Scientex, Pasir Gudang . Beliau telah menjalani LSI selama sembilan (9) hari bermula 17 Mei sehingga 27 Mei 2021.
Semasa Latihan Sangkutan Industri di syarikat tersebut, beliau telah diberi peluang melakukan kerja pengukuran, menanda, memotong, mengimpal, mencanai, mengecat beberapa projek . Beliau juga terlibat dengan kerja pemasangan pintu jeriji besi, Grill dan pagar kediaman mengikut jenis bahan yang digunakan seperti Stainless Steel dan Mild Steel mengikut kehendak pelanggan syarikat tersebut. Keseluruhan program LSI ini adalah amat baik bagi menambahkan pengetahuan serta memantapkan lagi kemahiran pengajar dalam bidang Kimpalan.
Disediakan Oleh : Encik Hairil Anuar Bin Hashim
Foto Oleh : Encik Hairil Anuar Bin Hashim