IKBN



BANDAR PENAWAR

 

 

 

                                                         

 

Desaru, 5 Jan 2022 - Perbincangan MoU 2022 dan promosi IKBN Bandar Penawar bersama Anantara Desaru Coast Resort & Villas melibatkan latihan industri pelajar, pengambilan pekerja alumni, bootcamp, SLDN dan TOT pengajar

Rabu, 05 January 2022 09:58

LAWATAN PROMOSI IKBN BANDAR PENAWAR 2022

                                                                             

 

Bandar Penawar, 4 Jan 2021 - Lawatan promosi dan perbincangan kerjasama ke industri minyak dan gas di Pengerang bagi program minyak dan gas melibatkan bidang kimpalan dan mekanikal. Syarikat yang terlibat ialah Sepadu Tech Services Sdn Bhd diwakili Encik Faizal dan Pegasus Advance Engineering Sdn Bhd diwakili  Encik Mior yang memberi sedikit penerangan mengenai aktiviti syarikat dan kesediaan untuk menjalankan program bersama IKBNBP bagi bidang yang berkaitan dan taklimat kepada para pelajar untuk pendedahan industri sebenar. Pegawai CHIPS yang terlibat En Nasrul dan En Mohd Zulhilmi.

 

 

Disediakan oleh : Cawangan CHIPS IKBN Bandar Penawar

 

KESUNGGUHAN: Pegawai IKBN Bandar Penawar dilihat membantu para pelajar mengangkat barang ketika hujan.

 

BANDAR PENAWAR, 3 Januari 2022 – Kemasukan semula pelajar selepas bercuti bagi siri 1/2022 telah dilaksanakan pada 3 Januari 2022 bermula jam 9.00 pagi hingga 6.00 petang. Satu jawatankuasa yang terdiri daripada para pegawai dan kakitangan IKBN Bandar Penawar telah dibentuk bagi melancarkan sesi kemasukan ini dengan mengikut Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan bagi mengelakkan penularan Virus Covid 19.

Kesemua pelajar telah hadir semula ke IKBN Bandar Penawar dengan keadaan sihat dan selamat. Diharap dengan kehadiran tahun baharu ini dapat menyuntik lagi semangat para pelajar untuk terus cemerlang, seterusnya dapat menaikkan nama IKBN Bandar Penawar.

 

Disediakan oleh:

Bahagian Hal Ehwal Pelajar, IKBN Bandar Penawar

Bukit Mertajam, 12-14 November 2021 - IKBN Bandar Penawar telah menghantar satu pasukan seramai 7 orang bagi menyertai Pertandingan Y-Roboc21 di IKTBN Bukit Mertajam. Diberikan nama
Team Cure IKBN Bandar Penawar dan merupakan pasukan yang pertama kali menyertai pertandingan robotik. Pencapaian Robot IKBNBP pada pertandingan tersebut seperti berikut :
Kategori
1. 5KG (Tower Conquer) - Elimination Round
2. 8KG (Rumble) - Quater Final
3. Agro Robot - 3rd-Runner Up
Alhamdulillah??
Terbaik Team Cure IKBNBP
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

PROGRAM ILKBS CAREER FEST : ZON SELATAN TAHUN 2021

Bandar Penawar, 23 September 2021 -  Tahniah kepada IKBN Bandar Penawar berjaya memperolehi pingat Perak (Silver) menerusi tiga inovasi yang dihasilkan iaitu Germakill Frame, Rose Mallow Jam dan External Clamping yang dimenangi oleh Peserta iDEA’21

Program Latihan Sangkutan Industri  (LSI)

Pelajar & Kakitangan IKBN Bandar Penawar Mewakili Daerah Kota Tinggi Bagi Kursus Pengurusan Organisasi “KRM YANG CEKAP”

Pelajar IKBN Bandar Penawar Mewakili Daerah Kota Tinggi Bagi Program Rakan Muda KLIK @ KAHOOT! Peringkat Negeri Johor

Pelajar IKBN Bandar Penawar Menang Kejohanan Angkat Berat Remaja Kebangsaan 2021

Safety Awareness Anjuran Bahagian Kesihatan, Keselamatan Dan Alam Sekitar (HSE) IKBN Bandar Penawar

Halaman 1 dari 39