IKBN



BANDAR PENAWAR

 
Isnin, 11 March 2019 16:48

BACAAN YASIN BULAN MAC 2019

Written by
Rate this item
(0 votes)

BACAAN YASIN BULAN MAC 2019


Bandar Penawar, 10 Mac 2019 - IKBN Bandar Penawar telah mengadakan satu Majlis Bacaan Yasin serta Doa Selamat dengan kerjasama daripada Jabatan Minyak & Gas. Majlis tersebut dihadiri semua kakitangan yang bergama Islam telah diadakan di Bilik Kuliah Jabatan Minyak & Gas.


Majlis bacaan tersebut adalah majlis rutin bulanan IKBN Bandar Penawar yang mana diadakan sebulan sekali pada hari Ahad setiap minggu kedua setiap bulan. Majlis yang dikendalikan oleh Ustaz Rahmat Bin Ahmad Mashri bermula jam 9.00 pagi dan berakhir dengan sedikit jamuan ringkas pada jam 10.00 pagi.


Program sebegini diadakan bagi memohon keberkatan serta kerahmatan daripada Allah swt selain ia secara tidak langsung dapat mengeratkan lagi hubungan silaturrahim di kalangan kakitangan IKBN Bandar Penawar.

 

Disediakan oleh : Encik Rahmat Bin Ahmad Mashri
Foto : Encik Rahmat Bin Ahmad Mashri

Read 422 times Last modified on Ahad, 17 March 2019 16:52
 
Find us on Facebook
Follow Us