Bandar Penawar, 23 September 2018 -IKBN Bandar Penawar telah mengadakan satu Majlis Bacaan Yasin, Tahlil Arwah & Doa Selamat. Majlis tersebut dihadiri semua kakitangan yang bergama Islam yang diadakan di bilik mesyuarat IKBN Bandar Penawar.
Majlis bacaan yasin tersebut adalah majlis rutin bulanan IKBN Bandar Penawar yang mana diadakan sebulan sekali pada hari Ahad minggu kedua setiap bulan. Selain itu, turut diadakan sedikit bacaan tahlil arwah bersempena di atas kematian ayahanda pegawai IKBN Bandar Penawar, Encik Shah Rizan Bin Tamrin pada pertengahan September yang lalu. Majlis yang dikendalikan oleh Ustaz Rahmat Bin Ahmad Mashri bermula jam 9.00 pagi dan berakhir dengan sedikit jamuan ringkas pada jam 10.00 pagi.
Program sebegini diadakan bagi memohon keberkatan serta kerahmatan daripada Allah swt selain ia secara tidak langsung dapat mengeratkan lagi hubungan silaturrahim di kalangan kakitangan IKBN Bandar Penawar. Penyertaan yang menggalakan dalam majlis-majlis seperti ini mencerminkan semangat perpaduan dan kerjasama antara warga IKBN Bandar Penawar.
Disediakan oleh : Encik Rahmat Bin Ahmad Mashri
Foto : Encik Rahmat Bin Ahmad Mashri