IKBN



BANDAR PENAWAR

 
Ahad, 28 May 2017 16:54

BACAAN YASSIN, TAHLIL PERDANA DAN SOLAT HAJAT

Written by
Rate this item
(0 votes)

BACAAN YASSIN, TAHLIL PERDANA DAN SOLAT HAJAT
Disediakan oleh : Encik Mohamad Azmi Bin Sohari


Bandar Penawar, 27 Mei 2017 – Bertempat di Surau IKBN Bandar Penawar satu program anjuran AJK Surau IKBN Bandar Penawar dengan kerjasama pihak Pengurusan dan MPP IKBN Bandar Penawar telah diadakan. Program Bacaan Yassin, Tahlil Perdana dan Solat Hajat sempena menyambut Ramadhan dan Peperiksaan akhir pelajar-pelajar di IKBN Bandar Penawar.   

 

Majlis bermula jam 7.00 petang dimulai dengan solat Maghrib berjemaah dan diteruskan dengan bacaan yassin dan tahlil bagi tujuan sedekah kepada saudara mara dikalangan pelajar dan kakitangan IKBN Bandar Penawar. Kemudian program diteruskan dengan solat Isyak berjemaah yang dipimpin oleh Ustaz Rahmat. Setelah itu program dilanjutkan kepada solat hajat bagi mendoakan semua pelajar IKBN Bandar Penawar dipermudahkan dalam urusan peperiksaan mereka.

 

Seramai 15 orang kakitangan IKBN Bandar Penawar dan 99 orang pelajar terlibat menjayakan program ini. Program diakhiri dengan jamuan bersama pelajar dan juga kakitangan IKBN Bandar Penawar.

Read 2645 times
 
Find us on Facebook
Follow Us