IKBN



PEKAN

 
Written by
Rate this item
(0 votes)

BENGKEL PENYEDIAAN PORTFOLIO SUBJEK UMUM SIRI 1/2019

 

Disediakan Oleh : Nurkhalilah Atiqah Othman

PEKAN, 8 Mei 2019 -Jabatan Pengajian Umum (JPU) IKBN Pekan buat pertama kalinya telah mengadakan Bengkel Penyediaan Portfolio Subjek Umum Siri 1 Tahun 2019 di Perpustakaan IKBN Pekan, hari ini. 

 

Bengkel yang telah melibatkan 11 orang pengajar subjek umum teknikal, bukan teknikal dan bina insan ini telah diadakan bertujuan untuk memberi pendedahan kepada Pengajar Subjek mengenai tatacara penyediaan portfolio bagi mengelakkan kesalahan berulang, berpandukan Panduan Pengurusan Portfolio Sistem Penilaian CGPA Versi 1.0 (2017), Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia, Kementerian Belia dan Sukan Malaysia. 

 

Menurut Raja Hidayah Raja Ismail yang juga merupakan salah seorang pengajar subjek umum teknikal, bengkel ini merupakan satu usaha yang baik dalam membantu para pengajar mempraktikkan penyediaan kertas penilaian dan portfolio mengikut garis panduan yang ditetapkan KBS.

 

Penyeragaman sistem penilaian latihan melalui penyelarasan pembangunan portfolio ini merupakan usaha BPKB dalam pengrekodan bukti-bukti penilaian yang komprehensif dan seragam. Pegawai Penilai Luaran (PPL) yang akan menyemak dan mengesah portfolio pelajar dijangka akan hadir seminggu sebelum peperiksaan akhir semester bermula.

Read 504 times Last modified on Jumaat, 17 May 2019 15:32
 
Find us on Facebook
Follow Us