IKBN



KEMASIK

 
Rabu, 24 March 2021 18:00

Career Talk Bersama Industri Sempena Career Fest ILKBS Zon Timur 2021

Written by
Rate this item
(0 votes)

CAREER TALK BERSAMA INDUSTRI SEMPENA CAREER FEST ILKBS ZON TIMUR 2021

 

Kemasik, 24 Mac 2021 – Penganjuran Career Fest ILKBS Zon Timur pada 24 dan 25 Mac 2021 telah memberi ruang kepada pelajar semester 2 Terapi

Kecantikan iaitu Nurul Atikah Sofian, Zahirah Zakaria dan Nurshazwani Hamdan untuk menonjolkan kemahiran solekan yang mereka miliki. Sempena program tersebut, satu sesi dialog (Career Talk) bersama industri secara atas talian diadakan di Studio MCP Jabatan Multimedia. Sebelum sesi tersebut bermula, tiga pelajar ini ditugaskan untuk menatarias Ketua Pen. Pengarah Kanan Caw. Kerjasama Strategik & Kreatif, BPKB KBS Malaysia, Ir. Ts. Dr. Hjh. Aziyati Yusoff  dan ternyata sentuhan mereka berjaya menaikkan seri wajah beliau.

Sumber:

Bahagian Terapi Kecantikan
IKBN Kemasik

ILKBS CAREER FEST ZON TIMUR 2021

Sesi eksklusif Dialog Industri – perkongsian pendapat dan input membina di antara ILKBS Zon Timur bersama semua industri yang sedia bekerjasama penuh dalam menyokong perkembangan positif latihan kemahiran secara konsisten, juga memberi komitmen penuh dalam usaha penciptaan pekerjaan dalam bidang TVET masa kini. Sesi dipengerusikan oleh Ketua Pen. Pengarah Kanan Caw. Kerjasama Strategik & Kreatif, BPKB KBS Malaysia, Ir. Ts. Dr. Hjh. Aziyati Yusoff.

 


WEBINAR CAREER TALK, ILKBS CAREER FEST ZON TIMUR 2021

Perkongsian bersama Industry Experts antara pelajar semester akhir ILKBS Zon Timur bersama dengan syarikat / industri bertempat di lokaliti masing-masing. Bagi pihak urusetia, sesi perkongsian adalah bersama Pengurus Sumber Manusia, Grand Darul Makmur Hotel Kuantan, Puan Amilia Abd Hamid  & Pengurus Kanan Sumber Manusia Gerbang Alaf Restaurant - McDonald’s HQ, Encik Rosli Salim.

 
 
Gambar oleh : FAHMI ABDUL BASIT MAHFUZ
PEGAWAI LATIHAN E41

 

Read 26 times Last modified on Ahad, 04 April 2021 14:35