IKBN



BANDAR PENAWAR

 
Rabu, 25 January 2017 17:22

CERAMAH AGAMA BULANAN : BULAN JANUARI 2017

Written by
Rate this item
(0 votes)

CERAMAH AGAMA BULANAN : BULAN JANUARI 2017
Disediakan oleh : Mohamad Azmi Bin Sohari

BANDAR PENAWAR, 25 JANUARI 2017 – Satu program ceramah agama yang bertajuk “Amar Ma’ruf Nahi Munkar” telah disampaikan oleh penceramah dari Kolej Pengajian Islam Johor (MARSAH). Program telah dirasmikan oleh Timbalan Pengarah IKBN Bandar Penawar, Encik Shaidon Bin Borham selaku Pengerusi AJK Surau IKBN Bandar Penawar.


Program yang diadakan di Surau IKBN Bandar Penawar bermula dengan Solat Maghrib berjemaah jam 7.15 petang. Selesai solat, Ustaz Mohd Azroy Bin Azhar dijemput untuk menyampaikan ceramah beliau. Amar Maa’ruf Nahi Munkar bermaksud menganjurkan kebaikan dan mencegah kejahatan, antara isi kandungan yang disampaikan adalah untuk memberi kesedaran kepada pelajar dan kakitangan agar membuat kebaikan dan menjauhi perkara-perkara yang dilarang oleh Allah. Tanggungjawab kita sebagai pelajar, pengajar dan anak-anak kepada ibu bapa perlu ditunaikan. Selesai sesi ceramah pengunjung bersolat Isyak secara berjemaah.


Jamuan ringan disediakan untuk pelajar-pelajar seramai 110 orang dan pengajar seramai 23 orang yang telah hadir memeriahkan program. Program ini dianjurkan oleh AJK Surau IKBN Bandar Penawar dan Bahagian Pengurusan IKBN Bandar Penawar. Program seperti ini diharap dapat diadakan sekerap yang mungkin sebagai pengisian rohani dan penerapan nilai-nilai islam kepada pelajar dan pengunjung yang hadir serta penghuni kuaters di IKBN Bandar Penawar.

Read 2117 times Last modified on Rabu, 08 February 2017 17:30
 
Find us on Facebook
Follow Us