IKBN



PEKAN

 
Written by
Rate this item
(0 votes)

CERAMAH ISRAK MIKRAJ 1440 HIJRAH

 

Disediakan Oleh : Athaillah Abdullah

PEKAN - Surau Ar-Raudhah IKBN Pekan dengan kerjasama Bahagian Hal Ehwal Pelajar IKBN Pekan telah mengadakan Ceramah Israk Mikraj pada 10 April 2019 bertempat di Dewan Serbaguna IKBN Pekan.

 

Ceramah dengan tajuk ‘Peristiwa Israk dan Mikraj’ telah disampaikan oleh Ustaz Mahmud Mad seorang penceramah bebas . Program bermula jam 10.30 pagi setelah selesai Perhimpunan Bulanan sesi bulan April 2019.

 

Melalui ceramah tersebut, penceramah telah menceritakan tentang jujungan besar Nabi Muhammad SAW yang mengalami bermacam-macam dugaan dan cabaran ketika sebelum dan selepas kejadian Israk dan Mikraj tersebut.

 

Pelbagai peringatan dan pengajaran yang boleh di ambil daripada peristiwa israk dan mikraj untuk dijadikan tauladan kepada kita . Pada akhir ceramah, penceramah sekali lagi memberitahu bahawa kita harus meletakkan kepercayaan kepada agama islam sepenuh hati melalui kisah israk dan mikraj ini.

Read 582 times Last modified on Jumaat, 19 April 2019 12:43
 
Find us on Facebook
Follow Us