IKBN



BANDAR PENAWAR

 
Khamis, 19 January 2017 14:52

CERAMAH PROGRAM ANUGERAH REMAJA PERDANA RAKAN MUDA (ARPRM)

Written by
Rate this item
(0 votes)

CERAMAH PROGRAM ANUGERAH REMAJA PERDANA RAKAN MUDA (ARPRM)
Disediakan oleh : Mohd Syahfizzan Bin Ahmad

BANDAR PENAWAR, 19 JANUARI 2017 – Selaras dengan usaha Kementerian Belia dan Sukan untuk melahirkan belia yang aktif dan berkualiti, satu ceramah mengenai Program Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda (ARPRM) telah diadakan di Institut Kemahiran Belia Negara Bandar Penawar pada hari ini. Taklimat telah disampaikan oleh Puan Hajah Supiati binti Haji Sahuni dari Unit Rakan Muda, Jabatan Belia dan Sukan Negeri Johor.


Program yang diadakan di Pusat Sumber IKBN Bandar Penawar ini mensasarkan pelajar IKBN Bandar Penawar dengan tujuan untuk memberi pendedahan secara menyeluruh mengenai Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda, menarik minat para pelajar terhadap penyertaan dalam aktiviti kesukarelaan, dan pada masa yang sama memberi pendedahan secara khusus tentang komponen-komponen dan syarat yang perlu dipenuhi untuk setiap anugerah (Emas, Perak dan Gangsa).


Penutup program ini telah disempurnakan oleh Timbalan Pengarah HEP, Lim Chow Kiat. Turut hadir bersama ialah Shripah Aishah Bt. Wan Ibrahim, Ketua Pengurusan Pelajar serta pegawai yang telah dilantik untuk menjadi ahli Jawatankuasa Penaja Badan Operasi Sekretariat Rakan Muda IKBN Bandar Penawar.

Read 1656 times Last modified on Isnin, 23 January 2017 14:58
 
Find us on Facebook
Follow Us