Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia

Institusi Latihan Kemahiran Belia & Sukan

 
Khamis, 17 March 2016 20:15

LAWATAN KERJA TIMBALAN KETUA SETIAUSAHA STRATEGIK KE IKBN KUALA LANGAT

Written by
Rate this item
(0 votes)

BANTING , 24 FEBRUARI 2016 – Timbalan Ketua Setiausaha Strategik , Kementerian Belia Dan Sukan (KBS) , YBhg. Dato’ Harun Bin Che Su telah mengadakan Lawatan Kerja ke Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Kuala Langat pada 23 Februari 2016 yang lalu .

Lawatan yang bermula pada jam 10.00 pagi tersebut bertujuan untuk membincangkan tentang Tapak Cadangan Pelaksanaan Perpindahan Akademi Kemahiran Belia Golf Bukit Kiara ke IKBN Kuala Langat yang dijadualkan pada bulan Julai 2016 nanti .  

Semasa sesi lawatan tersebut Dato’ Harun telah berkesempatan untuk melihat sendiri tapak yang dicadangkan untuk tujuan tersebut.  Lawatan itu juga telah dihadiri oleh wakil dari kedua-dua pihak serta wakil dari Pejabat Pengurusan Transformasi (TMO) KBS . Lawatan berakhir pada jam 12.30 tengahari. 

Read 9782 times Last modified on Khamis, 17 March 2016 20:28
 
Find us on Facebook
Follow Us