Lawatan yang bermula pada jam 10.00 pagi tersebut bertujuan untuk membincangkan tentang Tapak Cadangan Pelaksanaan Perpindahan Akademi Kemahiran Belia Golf Bukit Kiara ke IKBN Kuala Langat yang dijadualkan pada bulan Julai 2016 nanti .
Semasa sesi lawatan tersebut Dato’ Harun telah berkesempatan untuk melihat sendiri tapak yang dicadangkan untuk tujuan tersebut. Lawatan itu juga telah dihadiri oleh wakil dari kedua-dua pihak serta wakil dari Pejabat Pengurusan Transformasi (TMO) KBS . Lawatan berakhir pada jam 12.30 tengahari.