Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia

Institusi Latihan Kemahiran Belia & Sukan

 
Selasa, 18 April 2017 10:58

PERTANDINGAN INOVASI PERINGKAT IKTBN DUSUN TUA TAHUN 2017

Written by
Rate this item
(0 votes)

HULU LANGAT, 18 APRIL 2016 – IKTBN Dusun Tua telah mengadakan pertandingan inovasi antara jabatan yang dianjurkan oleh Bahagian Pengurusan Latihan. 

Pertandingan inovasi kali ini mendapat sambutan baik dan pihak institut berharap program seperti ini boleh mengalakkan dan memberi inspirasi kepada pelajar-pelajar lain untuk menonjolkan daya kreativti masing-masing pada masa hadapan.

Majlis tersebut telah dirasmikan oleh Dalila Sharingat, Pengarah IKTBN Dusun Tua dan telah memberikan kata-kata semangat kepada para pelajar dan pengajar untuk meneruskan usaha menghasilkan produk inovasi, tidak kira projek kecil atau besar yang boleh membantu mempermudahkan sesuatu kerja sehingga berpotensi untuk dipasarkan. Pengarah turut merakamkan terima kasih kepada jawatankuasa yang telah menjayakan program ini khususnya Nik Syaful Nik Mahmud, Penyelaras Pertandingan Institut. Hakim bagi pertandingan tersebut terdiri daripada kumpulan professional dan berpengalaman iaitu Azahah Idris, Pengarah Urusan Fulle Technik Sdn Bhd, Ramli Mahmood, IKTBN Sepang dan Mohd Faisoul Hashim, IKTBN Dusun Tua.

Sebanyak 12 penyertaan projek inovasi telah dipertandingkan dari 3 jabatan utama iaitu Teknologi Elektrik, Teknologi Automotif dan Teknologi Mekanikal. Program ini adalah salah satu usaha untuk menyokong aspirasi untuk melahirkan individu yang kreatif dan inovatif khususnya dalam kalangan pengajar dan pelajar institut ini.

Disediakan oleh : Yogamurugan (IKTBN Dusun Tua)

Read 14265 times Last modified on Selasa, 23 May 2017 15:02