Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia

Institusi Latihan Kemahiran Belia & Sukan

 
Rabu, 26 April 2017 10:58

TAKLIMAT DAN TEMUDUGA OLEH PANASONIC (M) SDN BHD

Written by
Rate this item
(0 votes)

HULU LANGAT, 18 APRIL 2017 - Panasonic (M) Sdn Bhd telah hadir ke Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN) Dusun Tua bagi memberi taklimat dan seterusnya mengadakan temuduga kepada semua bakal lepasan SKM Tahap 3 bidang Penyejukbekuan dan Penyamanan Udara anjuran Cawangan Hubungan Industri, Bahagian Hal Ehwal Pelajar yang dijalankan selama 1 hari dengan jayanya bertempat di Bilik Kuliah PPU,Jabatan Teknologi Elektrik.

Program ini di adakan bertujuan untuk memberi pendedahan kepada pelajar tentang peluang pekerjaan yang ada di syarikat tersebut. Sesi temuduga melibatkan 12 pelajar bidang Penyejukbekuan dan Penyamanan Udara (Komersil dan Domestik). Temuduga dikendalikan oleh Ruslan Rejab, Pengurus Panasonic (M) Sdn Bhd.

Syarikat itu telah membuat pemilihan 6 pelajar yang akan menjadi perantis dan menyertai program latihan teknikal di Panasonic Sdn Bhd. Pihak syarikat menyatakan hasrat untuk terus menjalinkan kerjasama bersama IKTBN Dusun Tua bagi memastikan peluang pekerjaan di syarikat akan di alirkan ke institut ini.

Disediakan oleh : Yogamurugan (IKTBN Dusun Tua)

Read 16118 times Last modified on Rabu, 26 April 2017 11:10