Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia

Institusi Latihan Kemahiran Belia & Sukan

 
Jumaat, 28 April 2017 12:50

PERHIMPUNAN BULANAN BULAN APRIL 2017

Written by
Rate this item
(1 Vote)

SERI ISKANDAR, 28 APRIL 2017 - Institut Kemahiran Belia Negara Seri Iskandar telah mengadakan perhimpunan bulanan bulan April 2016 pada 28 April 2017 jam 8.00 pagi di Dewan Dato Maharajalela. Majlis ini dihadiri oleh Tn. Hj. Fisal Bin Ramli, Tuan Pengarah IKBN Seri Iskandar diiringi oleh En.Amir-Kharul Bin Daud, Timbalan Pengarah, Bahagian Pengurusan Latihan bersama En. Vijayan Kumar a/l Nandarajan, Timbalan Pengarah, Bahagian Hal Ehwal Pelajar serta para pegawai dan pelajar.

Dalam ucapan beliau mengharapkan semua pelajar memberi fokus kepada subjek latihan dan berjaya dalam peperiksaan yang bakal hadapi dengan cemerlang. Selaian itu, memastikan persediaan awal dalam diri pelajar perlu diambil perhatian dalam menghadapi alam pekerjaan sebenar selepas tamat pengajian di sini.

Sesi penyampian hadiah dan cenderahati telah diadakan di mana IKBN Seri Iskandar telah berjaya membawa pulang dua(2) pingat iaitu emas dan gangsa dalam Pertandingan Penang Invention, Innovation And Research Design (PIIARD) di Universiti Institut Teknologim Mara (UITM) Pulau Pinang pada 25-26 April 2017. Bagi pingat emas dimenangi oleh pasukan dari Jurusan Elektronik Industri iaitu Projek Flour Shifter Machine yang diketuai oleh En. Sappa Bin Sampe manakala pingat gangsa dimenangi oleh pasukan dari Jurusan Elektrik iaitu Safety Helmet diketuai oleh Pn. Shakila Binti Zainal.

Selain itu, penyampian hadiah anugerah pekerja bulanan terbaik diperolehi oleh En. Sappa Bin Sampe, Pengajar Jurusan Elektronik Industri kerana memberi sumbangan dan prestasi yang cemerlang

Read 8249 times
 
Find us on Facebook
Follow Us