Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia

Institusi Latihan Kemahiran Belia & Sukan

 
Sabtu, 06 May 2017 13:59

KUNJUNG HORMAT KE BALAI UNDANG REMBAU

Written by
Rate this item
(0 votes)

CHEMBONG, 5 MEI 2017 Delegasi IKTBN Chembong yang dianggotai oleh gabungan barisan kepimpinan tertinggi baru dan lama iaitu mantan Pengarah Dr. Aruna binti Ismail @ Abd. Wahab, mantan Timbalan Pengarah Tuan Haji Abd Hamid bin Kasiman, Timbalan Pengarah baru Pn. Suriani binti Hasan dan Ketua Jabatan Automotif En. Faizal bin Jahafar telah membuat kunjung hormat kepada YTM Dato’ Lela Maharaja Dato’ Haji Muhamad Sharip bin Haji Othman, Dato’ Undang Luak Rembau bertempat di Balai Undang Rembau.

YTM Dato’ Undang mengalu-alukan kehadiran delegasi dan menyatakan minat untuk menjalankan sebarang bentuk program yang melibatkan warga IKTNCB dan komuniti Rembau khususnya pada masa hadapan.

Sesungguhnya, IKTBNCB merasa sangat bertuah dengan kesudian beliau meluangkan masa untuk menerima kunjungan hormat ini dan berharap hubungan baik yang terjalin ini akan berkekalan. Sebagai tanda penghargaan dan kenangan, cenderahati berupa plak dan Buletin IKTBNCB telah diserahkan kepada YTM Dato’ Undang dan seterusnya diakhiri dengan sesi fotografi.

Laporan Oleh : Jawatankuasa Portal IKTBN Chembong

WhatsApp Image 2017 05 05 at 14.24.49 1

WhatsApp Image 2017 05 05 at 14.29.44

WhatsApp Image 2017 05 05 at 14.24.49

WhatsApp Image 2017 05 05 at 14.29.44 1

Read 9421 times Last modified on Isnin, 08 May 2017 14:25
 
Find us on Facebook
Follow Us