Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia

Institusi Latihan Kemahiran Belia & Sukan

 
Sabtu, 07 January 2017 08:00

MAJLIS APRESIASI DAN MAJLIS LAMBAIAN KASIH "SESAAT BERSAMA SEABAD TERASA”

Written by
Rate this item
(0 votes)

SEREMBAN, 6 JANUARI Majlis Apresiasi dan Lambaian Kasih "Sesaat Bersama Seabad Terasa” telah berjaya dianjurkan oleh pihak Kelab Keluarga Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara Chembong bertempat di Allson Klana, Seremban. Majlis yang diadakan bertemakan “shine and bright” ini bukan sahaja melibatkan kehadiran kakitangan Institut dan ahli keluarga, malah turut mengundang kakitangan dan pegawai Institut ini yang telah menyambung pengajian dan banyak memberi sumbangan kepada pihak Institut. Keseluruhan kehadiran pada majlis ini adalah berjumlah 300 orang.

Objektif utama majlis ini dianjurkan oleh pihak Kelab Keluarga IKTBN Chembong adalah sebagai satu platform dan ruang untuk mengeratkan jaringan silaturahim di kalangan kakitangan dan ahli keluarga IKTBN Chembong, menyemarakkan semangat kerjasama di kalangan warga Institut ini, saling hormat-menghormati dan menanam nilai-nilai murni melalui aktiviti-aktiviti yang dijalankan, seterusnya meningkatkan lagi persefahaman melalui semangat kerja berpasukan di kalangan kakitangan IKTBN Chembong yang berperanan penting bagi meningkatkan kualiti dan produktiviti kerja.

Majlis yang penuh bermakna ini telah dirasmikan oleh Tuan Haji Abdul Hamid bin Kasiman, Timbalan Pengarah IKTBN Chembong. Majlis ini bukan sahaja diserikan dengan kehadiran tetamu jemputan, malah pengisian program dan aktiviti yang dianjurkan melibatkan penyertaan kakitangan dan ahli keluarga Institut ini turut mendapat sambutan yang menggalakan. Program seperti persembahan dan dendangan lagu menerusi piano yang dipersembahkan menghiburkan hadirin, aktiviti cabutan bertuah, karaoke santai serta aktiviti melibatkan sukaneka kanak-kanak antaranya, pertandingan mencari gula-gula dalam tepung, pertandingan tiup belon, music chair dan pertandingan mumia juga diadakan. Di samping itu, melalui majlis ini turut dianugerahkan kepada kakitangan anugerah khas King and Queen of the night berdasarkan jumlah undian kakitangan dan warga IKTBN Chembong.

Justeru, diharap majlis ini terus diadakan pada masa akan datang demi membina keakraban antara satu sama lain, mengeratkan silaturrahim dikalangan warga IKTBN Chembong seterusnya membina semangat positif yang dapat membentuk warga yang bukan sahaja produktif tetapi seimbangan dari aspek Jasmani, emosi, rohani dan Intelektual serta pemangkin kecemerlangan Institut.

 

Laporan Oleh : Jawatankuasa Portal IKTBN Chembong

15826812 1289806267780949 135242693401375414 n

 

15873079 1289805834447659 1449918836511094997 n

Read 6594 times Last modified on Selasa, 09 May 2017 14:22
 
Find us on Facebook
Follow Us