Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia

Institusi Latihan Kemahiran Belia & Sukan

 
Sabtu, 04 February 2017 14:24

KURSUS PROSEDUR KUALITI MS ISO 9001 : 2015 IKTBN CHEMBONG

Written by
Rate this item
(1 Vote)

CHEMBONG, 3 FEBRUARI 2017 Pihak Pengurusan Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara Chembong telah menganjurkan Kursus Prosedur Kualiti MS ISO 9001:2015. Kursus ini melibatkan penyertaan 21 orang pegawai dan kakitangan daripada bahagian Pengurusan, Latihan dan Hal Ehwal Pelajar.

Kursus ini diadakan bermula jam 9.00 pagi hingga 5.00 petang bertempat di Makmal Komputer IKTBN Chembong. Program ini dikendalikan sepenuhnya oleh Encik Azhar bin Abd Karim daripada SIRIM. Matlamat utama penganjuran kursus ini adalah untuk meningkatkan kefahaman dan pengetahuan kepada pegawai dan kakitangan Institut ini berkaitan Sistem Pengurusan Kualiti MS ISO 9001:2015, di mana melalui sistem ini perkhidmatan dan pengurusan akan menjadi lebih cekap, produktif, mengurangkan kos operasi, masa dan penjimatan penggunaan sumber, di samping itu menggalakkan penambahbaikan yang berterusan dan mematuhi piawaian yang telah ditetapkan.

Melalui Kursus ini, Pegawai dan kakitangan IKTBN Chembong telah dimaklumkan berkaitan klausa yang ditetapkan bagi mewujudkan sistem pengurusan kualiti, pendekatan dan proses dalam melakasanakan sistem pengurusan yang berkualiti dan dokumen perlu diuruskan dengan baik dalam sebuah organisasi. Antara klausa yang diberi penekanan melalui kursus ini ialah Clause 5 - Management Ruquirements. Intipati klausa ini ialah organisasi terutamanya pihak pengurusan perlu memberikan komitmen berkaitan berkomunikasi dengan kakitangan berkenaan kepentingan kualliti dan fungsi QMS untuk organisasi, menetapkan dasar kualiti dan objektif, menyediakan sumber yang mencukupi (manusia,infrastruktur, dana dan lain-lain), memastikan terdapat perancangan yang mencukupi untuk memenuhi keperluan pelanggan, serta mengkaji bagaimana perlaksanaan sistem.

Selain itu, pengisian program sepanjang kursus ini adalah penerangan dan sesi soal jawab yang diadakan dapat memberikan impak yang positif untuk lebih memberikan kefahaman kepada semua peserta berkaitan Prosedur Kualiti MS ISO 9001:2015. Diharap agar kursus ini dapat dilaksanakan dari semasa ke semasa mengikut keperluan memandangkan komitmen pegawai dan kakitangan menerusi kursus ini dapat membantu pencapaian Institut ke arah kecemerlangan.

 

Laporan Oleh : Jawatankuasa Portal IKTBN Chembong

16299042 1325998837495025 8324738058552782474 n

 

16299397 1325999820828260 3607742332136402673 n

 

Read 9165 times Last modified on Selasa, 09 May 2017 15:31
 
Find us on Facebook
Follow Us