Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia

Institusi Latihan Kemahiran Belia & Sukan

 
Isnin, 02 January 2017 23:24

MAJLIS PENUTUPAN MINGGU PARADIGMA, AMANAT TAHUN BARU DAN PENYERAHAN PELAJAR BARU BAGI SESI 2017

Written by
Rate this item
(0 votes)

CHEMBONG, 16 JANUARI 2017 Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara Chembong telah menganjurkan majlis amanat tahun baru dan penutupan minggu paradigma serta penyerahan pelajar bagi sesi 1/2017. Majlis ini bertempat di Dewan Perdana dan dihadiri oleh semua pegawai, kakitangan serta pelajar dan dirasmikan oleh Timbalan Pengarah iaitu Tuan Haji Abdul Hamid Bin Kasiman.

Antara pengisian program sepanjang majlis ini adalah tayangan video amanat dari Ketua Pengarah Bahagian Pembangunan Kemahiran Malaysia Dr. Hajah Wasitah Binti Mohd Yusof, persembahan pelajar baru, penyerahan pelajar baru ke jabatan masing – masing, taklimat Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda dan taklimat Halatuju Pelan Strategik Kementerian untuk tahun 2016 hingga 2020. Majlis dimulakan dengan nyanyian lagu Negaraku dan lagu Negeri Sembilan diikuti dengan bacaan doa serta ikrar pelajar. Pelajar – pelajar baru telah mengadakan persembahan melalui slot Showcase Of Talent dalam bahasa Inggeris.

Taklimat mengenai Anugerah Remaja Perdana disampaikan oleh Timbalan Pengarah Hal Ehwal Pelajar, En Khairi Bin Mat Ali manakala Taklimat Halatuju Pelan Strategik Kementerian untuk tahun 2016 hingga 2020 disampaikan oleh Timbalan Pengarah iaitu Tuan Haji Abdul Hamid Bin Kasiman. Diharap taklimat yang telah disampaikan dapat memberikan impak yang positif untuk memfomulasikan strategi, perlaksananaan tindakan dan penilaian pencapaian Institut mengikut tahap yang telah ditetapkan bagi mencapai kecemerlangan di masa akan datang.

Laporan Oleh : Jawatankuasa Portal IKTBN Chembong

15965443 1308101112618131 3613028457679776155 n

15977802 1308100862618156 5545732444297118588 n

16114011 1308101189284790 7787400003474217106 n

Read 6833 times Last modified on Selasa, 09 May 2017 14:32
 
Find us on Facebook
Follow Us