Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia

Institusi Latihan Kemahiran Belia & Sukan

 
Jumaat, 03 February 2017 15:05

MAJLIS SAMBUTAN MAULIDUR RASUL 1438H / 2017M PERINGKAT DAERAH REMBAU

Written by
Rate this item
(0 votes)

REMBAU, 3 FEBRUARI 2017 Majlis Sambutan Maulidur Rasul 1438H/2017M Peringkat Daerah Rembau, anjuran Pejabat Daerah dan Tanah Rembau telah diadakan bertempat di Padang Dataran Rembau. Program ini telah melibatkan penyertaan pegawai dan pelajar-pelajar Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara Chembong. Pegawai dan para pelajar berjumlah 40 orang telah menyertai Majlis ini. Kontijen perarakan daripada IKTBN Chembong diketuai oleh Encik Mohd Khiri @ Khairi bin Ali, Timbalan Pengarah Hal Ehwal Pelajar dan Hj. Noorulhuda bin Hj. Abd Rahman, Ketua Unit Bina Insan IKTBN Chembong. Program yang dilaksanakan bermula pada jam 7.00 pagi hingga 11.00 pagi ini turut melibatkan Jabatan dan Agensi sekitar daerah Rembau.

Majlis Sambutan Maulidur Rasul 1438H ini telah dirasmikan oleh Y.T.M Dato’ Undang Luak Rembau. Tema khas yang dipilih bagi sambutan Maulidur Rasul pada kali ini adalah “Perpaduan Nadi Transformasi Negara”. Objektif utama penganjuran program ini sebagai usaha murni memberi pendedahan dan memperingati sirah Nabi Muhammad S.A.W, mengambil iktibar daripada pengorbanan Rasulullah terhadap umatnya serta memberi kesedaran akan kasihnya Rasulullah S.A.W. Melalui program ini juga jelas dapat digambarkan eratnya hubungan silaturrahim antara satu sama lain di samping memupuk semakan bersatu padu di kalangan Umat Islam. Antara program sepanjang Majlis Sambutan Maulidur Rasul 1438H ini adalah bacaan Asmaul Husna, bacaan selawat dan perarakan di sekitar Rembau yang keseluruhannya disertai oleh IKTBN Chembong, Jabatan dan Agensi-agensi di Daerah Rembau.

Justeru, diharap program ini terus diadakan demi memperingati hari kelahiran Nabi Muhammad S.A.W dan menanamkan semangat serta perasaan kasih saying terhadap Rasulullah S.A.W seterusnya melahirkan generasi khairu ummah yang mewarisi perjuangan Rasulullah S.A.W.

Laporan Oleh : Jawatankuasa Portal IKTBN Chembong

15181572 1325993574162218 6229267884748838975 n

16406454 1325993767495532 6532731613965499638 n

16427600 1325993854162190 7454782121096512587 n

16473175 1325993384162237 6507172905905416830 n

Read 9135 times Last modified on Selasa, 09 May 2017 15:23
 
Find us on Facebook
Follow Us