SLDN bermaksud latihan di dalam dua situasi pembelajaran , tempat kerja yang sebenar dan institut latihan . Ianya dikendalikan melalui usahasama syarikat-syarikat dan institusi-institusi latihan yang dilantik oleh pihak JPK . Jangkamasa pelaksanaan adalah berdasarkan bidang dan tahap persijilan .
Taklimat tersebut bertujuan untuk memberi kefahaman tentang pelaksanaan sistem tersebut yang mungkin dapat dilaksanakan di IKBN Kuala Langat . Taklimat yang disampaikan oleh Dr Wan Nasaruddin bin Wan Jalal , Ketua Penolong Pengarah , Unit Kurikulum dan Pentauliahan dan Mohd Nazir Bin Shaari , Penolong Pengarah Unit Pentauliahan , Jabatan Pembangunan Kemahiran , JPK Cyberjaya .