Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia

Institusi Latihan Kemahiran Belia & Sukan

 
Jumaat, 19 May 2017 09:41

LAWATAN SAMBIL BELAJAR DAN TEMUDUGA DI SYARIKAT BOX PAX (MALAYSIA) BERHAD

Written by
Rate this item
(0 votes)

BATU CAVES, 19 MEI 2017 – Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN) Dusun Tua telah dijemput menyertai satu sesi temuduga, taklimat kerjaya dan lawatan industri ke Syarikat Box-Pax (Malaysia) Berhad, Batu Caves.

IKTBN Dusun Tua diwakili pelajar-pelajar dari bahagian Pemesinan Semester 4 seramai 39 orang bersama pegawai pengiring Faisoul Hashim dan Imran Md Rapiah dari Cawangan Hubungan Industri. Program telah dikoordinasikan oleh Cawangan Hubungan Industri, Bahagian Hal Ehwal Pelajar bersama dengan Bahagian Pemesinan, Jabatan Teknologi Mekanikal.

 
Program telah dimulakan dengan pengenalan syarikat dan penerangan berkenaan dengan operasi syarikat Box-Pax (Malaysia) Berhad yang disampaikan wakil pegawai sumber manusia syarikat tersebut. Kemudian, kesemua pelajar terlibat telah dibawa melawat ke sekitar syarikat supaya mendapat pendedahan awal berkenaan dengan skop kerja dan suasana di tempat kerja. Pada sebelah petangnya, sesi temuduga dijalankan melibatkan semua pelajar dan pegawai-pegawai daripada pihak syarikat. Seramai 10 pelajar Sem 4 Bahagian Pemesinan telah terpilih untuk bekerja di syarikat tersebut. Tahniah diucapkan kepada pelajar yang berjaya dan telah menunjukkan kebolehan dan kemahiran yang dimiliki. Bidang kemahiran akan terus menjadi keutamaan dalam menghasil dan menjana produktiviti.

Disediakan oleh : Yogamurugan (IKTBN Dusun Tua)

 

Read 17390 times Last modified on Isnin, 29 May 2017 09:46