Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia

Institusi Latihan Kemahiran Belia & Sukan

 
Khamis, 25 May 2017 09:49

PELAJAR DAN MPP IKTBNDT KELUAR SELAMI HATI GELANDANGAN

Written by
Rate this item
(0 votes)

25 MEI 2017, KUALA LUMPUR – “Program Khidmat Masyarakat (Gelandangan)” anjuran bersama Sekretariat Anugerah Remaja Perdana dan Sifu Bikerz Malaysia telah berjalan dengan lancarnya dengan inisiatif dan kerjasama Majlis Perwakilan Pelajar dan pegawai IKTBN Dusun Tua.



Dengan hati yang ikhlas, sumbangan makan malam telah diberikan kepada warga gelandangan. Seramai 20 pelajar dari Majlis Perwakilan Pelajar, pelajar PPU seramai 20 orang dan pelajar PAM seramai 10 orang telah menjadi sukarelawan bagi menjayakan program ini. Program dijalankan pada waktu malam di sekitar Jalan Tuanku Abdul Rahman.

Kisah hidup gelandangan yang mempunyai latar belakang berbeza ini banyak menyedarkan belia agar lebih menghargai kehidupan serta tidak mensia-siakan usia dan waktu. Penganjuran program itu berjaya mencapai objektif, tambahan pula semua peserta cukup bersemangat untuk menabur bakti. Malah, mereka turut memberikan komitmen untuk menyertai program seumpama itu pada masa depan.

Disediakan oleh : Yogamurugan (IKTBN Dusun Tua)

 

 

Read 16401 times Last modified on Isnin, 29 May 2017 09:52