Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia

Institusi Latihan Kemahiran Belia & Sukan

 
Khamis, 18 May 2017 14:10

LAWATAN KERJA DARI MAJLIS AGAMA ISLAM PATANI, SELATAN THAILAND

Written by
Rate this item
(0 votes)

SERI ISKANDAR, 18 MEI 2017 – Yayasan Sahabat Bina Negara, Selangor telah telah mengadakan lawatan kerja ke Institut Kemahiran Belia Negara Seri Iskandar bersama 40 para ulama dari Selatan Thailand yang diketuai oleh Dr. Waedueramae Mamingchi, Timbalan Mufti, Majlis Agama Islam Patani, Selatan Thailand pada 17 Mei 2017 jam 9.00 pagi di Bilik Mesyuarat Utama. Program ini adalah anjuran Jabatan Perdana Menteri dengan kerjasama Institut Wastuyah Malaysia dan Yayasan Bina Negara. Rombongan telah disambut oleh Tn. Hj. Fisal Bin Ramli, Pengarah IKBN Seri Iskandar bersama warga IKBN Seri Iskandar

 

Sesi taklimat telah diadakan di Bilik Mesyuarat mengenai latar belakang IKBN Seri Iskandar yang telah disampaikan oleh Tn. Hj. Abdul Rahim Bin Basri. Lawatan kerja ini adalah bertujuan untuk mendedahkan kepada peserta mengenai sistem pembelajaran di negara kita  sama ada yang moden atau pun pengajian pondok. Disamping itu, melihat dan mengetahui peluang-peluang yang ada bagi para belia yang kurang berjaya dalam akademik agar tidak terus tercicir.

Peserta telah dibawa melawat makmal dan bengkel bagi melihat suasana sesi pembelajaran yang berjalan disamping bertukar idea dan pandangan. Pertemuan ini berakhir dengan sesi pertukaran cenderahati dan diikuti dengan sesi bergambar beramai-ramai

Read 7628 times
 
Find us on Facebook
Follow Us