Print this page
Isnin, 15 May 2017 14:14

KURSUS ASAS KAMERA VIDEO

Written by
Rate this item
(0 votes)

SERI ISKANDAR, 15 MEI 2017 – Teknik-teknik dasar penggambaran objek bergerak dalah suatu hal yang harus dikuasai agar dapat menghasilkan video yang baik. Kriteria video yang baik sebenarnya berbeza-beza bagi setiap orang, namun ada sebuah kesamaan pendapat yang dapat dijadikan acuan. Video yang baik memiliki ketajaman gambar (fokus), pencahayaan (eksposure) dan objek yang tepat.

Bagi meningkatkan kemahiran ini, Jabatan Teknologi Maklumat telah mengadakan Kursus Asas Video kepada semua pengajar Multimedia Pengarangan pada 8 -11 Mei 2017 jam 9.00 pagi bertempat di Bilik Studio. Seramai 12 orang pegawai dan kakitangan telah menyertai Kursus Asas Video ini dengan 2 (dua) penceramah jemputan luar yang mempunyai pengalaman luas dalam bidang fotografi dan video.

Objektif utama penganjuran ini adalah untuk meningkatkan kemahiran penggunaan kamera video dan teknik penggunaan aplikasi yang terdapat pada kamera tersebut semasa mengambil gambar bergerak dan menghasilkan video yang cantik serta berkualiti. Pembelajaran ini merangkumi penggunaan perisian pengeditan video dan format fail video yang sesuai bagi menghasilkan video yang berkualiti.

Read 8432 times